JPA kaji 100 skim perkhidmatan bagi tujuan penambahbaikan
2014/01/13 – 11:18:09 AMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji semula 100 skim perkhidmatan awam yang membabitkan kira-kira 800,000 penjawat awam bagi tujuan penambahbaikan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata pihaknya kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi melihat beberapa aspek yang perlu ditambah baik termasuk kemasukan dan tangga gaji.