Tujuh sekolah ditutup – Metro


Tujuh sekolah ditutup

Oleh Betty Subaryati

Kota Bharu: Lebih 5,000 murid dan pelajar di negeri itu terjejas selepas tujuh sekolah ditutup serta-merta semalam berikutan dilanda banjir dikaitkan dengan gelombang kedua sejak kelmarin.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Hussain Awang berkata, enam sekolah ditutup ialah di daerah Tanah Merah dan satu lagi di Pasir Mas.

Katanya, sekolah ditutup di Tanah Merah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Tinggi, SK Panjang, SK Sokor, SK Ladang Kerilla, SK Kulim dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla.

“Manakala satu sekolah di PPD Pasir Mas yang turut diarahkan tutup ialah SK Kampung Rahmat berhampiran tebing Sungai Golok apabila air sungai melimpah ke darat berikutan paras air di Rantau Panjang naik 10.05 meter iaitu melebihi paras bahaya (sembilan meter) pada jam 11 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.

FotoPELAJAR Sekolah Kebangsaan Seri Rantau Panjang 1 melalui titi untuk ke kelas yang dinaiki air.

Katanya, semua sekolah terbabit ditutup sehingga keadaan banjir pulih.
“Begitu juga dengan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang yang dilaporkan melimpah menyebabkan laluan masuk ke sekolah di Pasir Mas itu membahayakan murid.

“Saya meminta semua pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Tanah Merah dan Pasir Mas meneruskan pemantauan selain pegawai PPD di Tumpat kerana berdasarkan laporan air dari Sungai Golok di Rantau Panjang dan Pasir Mas kini mula turun ke kawasan Pengkalan Kubor yang menempatkan beberapa sekolah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s