JPN didakwa ambil balik 6 sijil lahir – Metro


JPN didakwa ambil balik 6 sijil lahir

Port Dickson: Seorang ibu buntu apabila dokumen kelahiran enam anaknya diambil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Port Dickson kerana didakwa pendaftaran perkahwinannya tiada dalam sistem menyebabkan dua anaknya berusia 16 dan 13 tahun masih tiada kad pengenalan.

Menurut Asiah Latasang, 39, apabila suaminya, Isting Sahiron,45, mendaftarkan kelahiran anak bongsunya pada 2010, pihak JPN meminta sijil kelahiran semua anaknya.

“JPN menyatakan perkahwinan kami tiada dalam sistem dan dalam masa sama mereka mendaftarkan anak bongsu kami berbinkan Abdullah sedangkan kami ada dokumen perkahwinan yang sah dikeluarkan Pejabat Agama Islam Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

 

 

“Sejak itu kami tak dapat membuat kad pengenalan anak lelaki ketiga saya, Al Adzwil,16, menyebabkan dia tidak dibenarkan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan berhenti sekolah sebab sering diejek rakannya sebagai pendatang haram. “Nasibnya kini sama dengan anak keempat, Narlyn,13, yang tiada kad pengenalan dan pihak sekolah sudah meminta ketika mendaftarkan persekolahan di SMK Raja Jumaat, Port Dickson,” katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/14

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s