Nyawa di hujung lumpur – Metro


Nyawa di hujung lumpur

Oleh Johary Indan

Tamparuli: Kira-kira 50 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, dekat sini, nyaris maut apabila satu daripada tiga blok bangunan sekolah berkenaan ranap akibat dilanda limpahan banjir lumpur, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, murid tahun satu, lima dan enam yang belajar dalam satu blok sama berada di bilik darjah masing-masing.

Bagaimanapun, semua murid terbabit terselamat selepas pengawal keselamatan sekolah itu Saminah Kijuh, 49, menyedari kejadian berkenaan sebelum menjerit meminta mereka meninggalkan bilik darjah dengan segera.

Saminah yang berada kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian berkata, dia menjerit meminta guru dan murid mengosongkan bilik darjah sebaik terdengar bunyi kuat tanah runtuh dari arah bukit berhampiran.

FotoBILIK darjah tahun satu SK Bawang rosak teruk akibat tanah runtuh dan banjir lumpur.

“Sebelum kejadian, seorang penduduk datang memaklumkan kepada saya ada tanda tanah dari arah bukit di belakang sekolah itu akan runtuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

50 pelajar dirasuk! – Metro


50 pelajar dirasuk!

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: “Sebaik tiba di rumah, anak saya enggan masuk. Dia berbaring dekat pintu pagar lebih setengah jam,” kata Mohd Noor Siron Abdul Kadir, 46, bapa seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, yang diserang histeria, semalam.

Anak Mohd Noor, Noryana, 17, antara 50 pelajar perempuan sekolah itu yang diserang histeria kira-kira jam 7 pagi, menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menamatkan sesi persekolahan dan mengarahkan kira-kira 1,000 pelajar pulang bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang guru wanita melihat satu ‘lembaga hitam’ berhampiran satu blok sekolah.

Selepas guru itu beredar dari situ, dia terkejut apabila ternampak lebih banyak lembaga hitam di kawasan kantin sekolah, namun dia berjaya mengawal diri dan tidak mengalami sebarang masalah.

FotoSMK Tanjung Puteri Resort yang didakwa diganggu makhluk halus.

Bagaimanapun, beberapa pelajar perempuan mula menjerit dan meronta-ronta tidak lama kemudian, bermula dengan 10 orang dipercayai akibat dirasuk makhluk halus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Menteri, pegawai pendidikan turun padang pantau kenaikan harga barang di sekolah – Berita Harian


Menteri, pegawai pendidikan turun padang pantau kenaikan harga barang di sekolah

2014/01/16 – 09:51:18 AMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Kepemimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan termasuk menteri, serta pegawai di peringkat negeri dan daerah akan turun padang secara mengejut bagi memantau kenaikan harga barang yang dilaporkan berlaku di sekolah.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata beliau sudah mengarahkan Pengarah Pendidikan Negeri untuk melihat sendiri situasi berkenaan bagi memastikan pelajar dan ibu bapa tidak terbeban dengan kenaikan harga makanan.

“Bagaimanapun kita dapati tidak semua kantin menaikkan harga makanan seperti dilaporkan, namun kita akan terus memastikan ia terkawal,” katanya selepas mengadakan lawatan mengejut di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 9 (1), Presint 9 di sini, sebentar tadi.

Tiga lagi sekolah dalam hospital akan dibuka – Noorainee – Bernama


Tiga lagi sekolah dalam hospital akan dibuka – Noorainee

2014/01/16 – 14:52:53 PMCetakEmel Kawan
PETALING JAYA: Tiga lagi Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan dibuka tahun ini iaitu di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata pembukaan itu akan menjadikan jumlah keseluruhan SDH ialah 13.

“Setakat ini terdapat 10 SDH yang beroperasi di Semenanjung dan tahun ini kita berhasrat untuk memperluaskannya ke Sabah iaitu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas dan di Sarawak iaitu Hospital Umum Sarawak, Kuching.

“Selain itu sebuah lagi SDH akan dibuka di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban,” katanya kepada pemberita selepas melawat SDH Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi), Datuk Sufaat Tumin, Pengarah PPUM Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail dan Penyelia SDH PPUM Khairul Azman Jamaludin.

SDH yang merupakan hasil inisiatif Noorainee diwujudkan di hospital bertujuan menyediakan kemudahan persekolahan kepada pelajar yang menerima rawatan.

SDH sudah diwujudkan di Hospital Kuala Lumpur; Hospital Ampang, Selangor; Hospital Serdang, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian; Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras; Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh; Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar; PPUM dan Hospital Selayang.
Noorainee yang juga Penaung Projek Hati Nurani berkata dalam tempoh Januari sehingga November tahun lalu, lapan SDH tidak termasuk PPUM dan Hospital Selayang, mencatat jumlah kehadiran pelajar berjumlah 19,240 dengan SDH Hospital Serdang merekodkan kedatangan paling tinggi iaitu 3,173 kehadiran.

Mengulas mengenai perkembangan SDH, beliau berkata ia dilihat memberangsangkan apabila kewujudan SDH menggembirakan ibu bapa dan pelajar.

“Mereka (ibu bapa) gembira kerana anak-anak walaupun terpaksa masuk hospital tetapi mereka dapat belajar dan bukan duduk sahaja dalam bilik.

“Bahkan saya juga diberitahu oleh guru bahawa sejak pukul 9 pagi sudah ramai pelajar berkumpul di dalam kelas biarpun sesi kelas sepatutnya bemula jam 10 pagi,” katanya.

Saidatul Aisyah Mohd Faisal, 10, murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar yang sedang menerima rawatan di PPUM berkata dia merasa lega dan gembira kerana dapat belajar biarpun terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Mula-mula kena masuk hospital rasa risau sebab akan banyak terlepas pelajaran. Tapi tak sangka ada SDH, memang bagus belajar di sini. Cikgu pun baik,” katanya yang mempunyai masalah kebocoran injap jantung.

– BERNAMA

Institut tahfiz persendirian perlu berdaftar dengan SABK: Jamil Khir – Berita Harian


Institut tahfiz persendirian perlu berdaftar dengan SABK: Jamil Khir

2014/01/16 – 16:21:40 PMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam semalam memutuskan supaya semua institut tahfiz persendirian di seluruh negara berdaftar dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi membolehkan pusat pengajian agama itu bersifat arus perdana dengan tambahan subjek akademik selain ilmu agama.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata demikian pada mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini yang turut dihadiri oleh semua Menteri Besar.

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS) DI BAWAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN 2014


SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS) DI BAWAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN 2014

16 January 2014

Pelaksanaan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) adalah program Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini memberi skim perlindungan insurans kepada murid sekolah yang menggunakan bas/van sekolah yang berlesen dengan SPAD di seluruh Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak. Sila rujuk panduan lengkap pelaksanaan SIMS(SPAD), senarai skop perlindungan, amaun manfaat dan borang serta kaedah membuat tuntutan adalah seperti dilampirkan.

 

Muat Turun
Borang Tuntutan SIMS
Garis Panduan Skim Insuran Murid Sekolah
Surat Pelaksanaan SPADS