Pelajar sekolah perlu kuasai lebih dua bahasa – Bernama


Pelajar sekolah perlu kuasai lebih dua bahasa
20 Januari 2014
  • Idris Jusoh
< 1 / 1 >

BESUT – Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelajar yang hebat dan ingin terus maju mestilah menguasai lebih daripada dua bahasa termasuk bahasa Inggeris dalam mengharungi dunia yang serba moden sekarang.

Katanya adalah tidak memadai sekiranya pelajar hanya mampu menguasai bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda masing-masing kerana dengan kemajuan dunia, pelajar perlu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Cina, Arab, Tamil, Rusia, Jepun dan Korea.

Pelajar kini perlu menguasai bahasa-bahasa yang dituturkan oleh bangsa yang maju di dunia bagi membolehkan mereka menguasai ilmu melalui pembacaan daripada buku-buku yang ditulis menggunakan bahasa bangsa berkenaan mahupun melalui pertuturan dengan mereka, jelas beliau.

“Ilmu agama boleh kita perdalami sekiranya kita menguasai bahasa Arab manakala ilmu mengenai teknologi moden masa kini turut terdapat dalam buku-buku yang ditulis melalui bahasa Jepun dan Korea,” kata Idris kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Bulan Bahasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud di sini.

Turut hadir wakil rakyat tempatan yang terdiri daripada Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad; Adun Jerteh, Muhammad Pehimi Yusoff; Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa; Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Adun Jabi, Iskandar Jaafar serta Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh dan Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Hashim Mohd Zain.

Idris berkata, generasi masa kini perlu didedahkan cara menguasai cabaran semasa yang berlaku di sekeliling mereka.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan Majlis ‘Bekwoh’ Kesyukuran Kecemerlangan UPSR di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut pula, Idris yang juga anggota Parlimen Besut berkata Kementerian Pendidikan sedang mengkaji pendekatan bagi melaksanakan pengajian persekolahan dalam talian sebelum dilaksanakan.

Untuk itu sistem pelaksanaannya harus dikuasai dahalu bagi memastikan setiap pelajar boleh mendapatkan ilmu secara mengakses Internet tanpa had walaupun ketika berada di rumah, katanya.

Idris juga berkata guru sebagai pemudah cara perlu mengubah suai pedagogi agar pelajar mudah menguasai ilmu di sekolah.

“Pengajaran yang tidak diubah suai dan diperbaharui bukan sahaja akan membosankan pengajaran dalam bilik darjah malah tidak akan mampu memperkembangkan ilmu dalam kalangan pelajar itu nanti,” katanya.

Pada majlis itu, Idris menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah yang berjaya dalam UPSR tahun lalu yang membantu daerah Besut menjadi juara negeri Terengganu dalam UPSR untuk tujuh tahun berturut-turut.  – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s