Remaja ditahan bersama pistol tiruan – Bernama


Remaja ditahan bersama pistol tiruan
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Januari 2014

SEGAMAT – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis kerana memiliki sepucuk pistol tiruan di Bandar Utama, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, remaja terbabit ditahan jam 12.30 malam kelmarin, di kaki lima sebuah kedai di Bandar Utama ketika polis melalukan rondaan.

“Ketika sedang melakukan rondaan, anggota saya melihat remaja tersebut dalam keadaan mencurigakan berhampiran kaki lima sebuah pusat hiburan di sini dan turut berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat di bawah pengaruh dadah.

“Semasa menghampiri remaja tersebut, anggota saya melihat remaja berkenaan sedang memegang sepucuk pistol sambil menjinjit sebuah beg dan kelihatan berada dalam keadaan gelisah.

“Anggota polis turut berjaga-jaga bimbang remaja tersebut bertindak agresif dan melepaskan tembakan,” katanya, semalam.

Mohd Kamil berkata, sedar dirinya dihampiri polis, remaja terbabit segera mencampakkan pistol berwarna gelap yang dipegangnya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pistol tersebut merupakan senjata tiruan.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati remaja berkenaan mendakwa menemui pistol tiruan itu di sebuah rumah kosong di sekitar daerah ini sebelum mengambilnya dan berlagak seperti seorang detektif polis.

“Pistol tiruan seberat kira-kira 250 gram itu merupakan pistol jenis Glock dan dipercayai diperoleh pada harga RM40 di kedai permainan.

“Remaja tersebut tidak lagi bersekolah dan kini direman untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Mohd Kamil menasihatkan orang awam supaya tidak membawa atau menyimpan senjata api tiruan kerana boleh melanggar undang-undang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s