‘Tolong maafkan mereka’ – Metro


‘Tolong maafkan mereka’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: “Tolonglah maafkan mereka. Mereka tak ada niat langsung untuk mendera sebaliknya hanya mahu mendisiplinkan kanak-kanak itu,” kata seorang ahli keluarga terdekat pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di Sweden sejak 18 Disember lalu.

Ketika dihubungi di sini semalam, beliau yang enggan dikenali berkata, seisi keluarga mereka sangat sedih atas kejadian menimpa Azizul Raheem sekeluarga, apatah lagi sehingga kini mereka tidak dibenarkan bersemuka atau berhubung.
Katanya, tahanan reman semakin dilanjutkan juga memberi tekanan kepada mereka, namun akur sekiranya itu yang ditetapkan perundangan Sweden.

 

“Kami menghormati undang-undang negara itu dan apa yang kami boleh lakukan sekarang hanyalah bersabar. Tetapi, minta pihak pendakwaan memaafkan Azizul Raheem dan Shalwati atas kesalahan mendidik anak yang dalam masa sama bercanggah dengan undang-undang mereka.
“Janganlah disebabkan tragedi ini nasib ibu bapa dan anak mereka lebih buruk…daripada keluarga baik dan harmoni, bertukar menjadi tidak baik, berantakan. Maafkanlah mereka,” katanya. Meskipun tidak berpeluang melawat pasangan itu, keluarga dimaklumkan pasangan itu dilayan baik sepanjang dalam tahanan dan pihak Kedutaan Malaysia di Sweden banyak membantu menyalur maklumat terkini.
Katanya, berita mengenai pemindahan empat anak pasangan berusia 14, 12, 11 dan tujuh tahun kepada keluarga angkat Muslim juga melegakan mereka.

 

“Ini memang menjadi kebimbangan kami kerana anak mereka tidak selesa di bawah jagaan keluarga yang bukan Muslim. Mereka dilayan baik, tetapi perbezaan budaya dan agama membataskan semuanya.
“Apabila dimaklumkan mereka bakal bertukar keluarga angkat, ia beri sedikit kelegaan, tetapi kena bersabar dengan proses kelulusan daripada mahkamah pentadbiran mereka,” katanya.

 

Difahamkan, Azizul Raheem dan Shalwati sendiri mahu semua anak mereka diserahkan kepada keluarga angkat beragama Islam dan perkara itu dimaklumkan menerusi peguam mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s