PBS ukur potensi pelajar – Metro


PBS ukur potensi pelajar

Oleh Rosyahaida Abdullah

Putrajaya: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah bakal menyediakan maklumat lebih menyeluruh mengenai potensi pelajar yang akan membantu mereka membuat keputusan tepat dalam pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas.

Ia membabitkan empat komponen utama merangkumi akademik iaitu Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat serta bukan akademik meliputi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik.

Perincian penilaian pelajar ini akan memberi keputusan yang lebih kemas menerusi penyediaan laporan secara berasingan.

Pengarah Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Dr Na’imah Ishak berkata, inisiatif yang dibangunkan hasil penambahbaikan Kementerian terhadap Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu akan dilaksanakan 100 peratus melalui PBS yang menilai keupayaan pelajar tingkatan satu, dua dan tiga dalam keempat-empat komponen.

Katanya, segala aspek pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai pelajar akan ditaksir yang menjurus kepada profil, pencapaian, perkembangan serta penyertaan mereka.

“Sejak PMR diperkenalkan pada 1993, pelajar peringkat menengah rendah akan hanya diuji dengan peperiksaan pusat bagi beberapa mata pelajaran pada akhir tingkatan tiga yang dikendalikan sepenuhnya oleh LP.

“Pentaksiran ini bagaimanapun lebih berfokus apabila mulai kohort pelajar tingkatan satu 2012, pelbagai instrumen lain seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, persembahan, kajian kes dan lapangan serta demonstrasi selain ujian bertulis dan lisan akan turut diambil kira,” katanya.

Ujian bertulis dan lisan pertama membabitkan PBS Peringkat Menengah Rendah dijadualkan berlangsung pada Oktober manakala penilaian bagi pelbagai instrumen lain akan diadakan mulai April hingga Ogos ini.

Bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pelajar akan diuji secara bertulis dan lisan manakala mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun hanya membabitkan ujian bertulis.

Mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan Pendidikan Kesenian pula menguji pelajar menggunakan kepelbagaian instrumen lain.

Menurut Dr Na’imah, pelaksanaan PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif berasaskan sekolah khususnya bagi Pentaksiran Sekolah, PAJSK dan Pentaksiran Psikometrik selain mengiktiraf sumbangan guru dalam pencapaian pelajar.

“Hanya pernyataan keputusan Pentaksiran Pusat dikeluarkan LP, selebihnya oleh pihak sekolah kerana bagi kami di Kementerian, guru lebih mengenali anak didik masing-masing serta tahu corak pendidikan paling sesuai diberikan kepada mereka,” tambahnya.

Pentaksiran Pusat akan hanya dilaksanakan pada akhir tingkatan tiga sementara pentaksiran membabitkan tiga komponen lagi akan dilakukan pihak sekolah.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian sudah pun mewujudkan mekanisme jaminan kualiti untuk memastikan pelaksanaan PBS selaras matlamat ditetapkan.

Ia meliputi pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan.

FotoUJIAN bertulis dan lisan pertama membabitkan PBS Peringkat Menengah Rendah dijadualkan pada Oktober.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG41/DG44(KUP) DI BAHAGIAN BUKU TEKS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG41/DG44(KUP) DI BAHAGIAN BUKU TEKS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

08 January 2014

Muat Turun
Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah
Borang Permohonan Jawatan Penolong Pengarah Jan 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG41 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG41 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

23 January 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLOGN PENGARAH GRED DG41 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Penolong Pengarah Gred DG 41.

Maklumat lanjut seperti di bawah:

1. Surat Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG 41 di Bahagian Pendidikan Khas

2.  Borang Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Untuk Berkhidmat di Bahagian Pendidikan Khas

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Sharifah Nurulhuda Bt. Syed Mohamed di talian 03-88849176. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Februari 2014 ke alamat berikut :

Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

 

 

Muat Turun
Surat Iklan Kekosongan Jawatan Penologn Pengarah DG41 di Bahagian Pendidikan Khas
Borang Permohonan

KEPUTUSAN RASMI DAN NAMA PEMENANG SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (CERPEN BERUNSUR ISLAM) PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KPM 1435 H


KEPUTUSAN RASMI DAN NAMA PEMENANG SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (CERPEN BERUNSUR ISLAM) PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KPM 1435 H

23 January 2014

Bahagian Pendidikan Islam KPM sebagai penyelaras sayembara dengan ini mengumumkan keputusan pemenang Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435 Hijrah.

Majlis penyampaian hadiah telah dilaksanakan di dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia 1435 Hijrah bertempat di Dewan Sultan Iskandar Universti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Keputusan penuh sayembara dan senarai pemenang adalah seperti di ruangan muat turun yang disediakan di bawah.

Pihak urus setia sayembara mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerjasama (Dewan Bahasa dan Pustaka), Panel Juri, serta semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran sayembara tersebut.

Sekian, Terima Kasih.
 

Muat Turun
KEPUTUSAN RASMI DAN NAMA PEMENANG SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (CERPEN BERUNSUR ISLAM) PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KPM 1435 H

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA UNTUK MAJALAH SEKOLAH 2014


KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA UNTUK MAJALAH SEKOLAH 2014

23 January 2014
Berikut dilampirkan Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah Tahun 2014

Muat Turun
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA UNTUK MAJALAH SEKOLAH 2014