Pelajar hilang ditemui lemas di air terjun – Bernama


Pelajar hilang ditemui lemas di air terjun
28 Januari 2014

DUNGUN – Seorang pelajar tingkatan empat yang hilang ketika mandi di kawasan Air Terjun Sungai Bangan, Kampung Shukor, dekat sini, semalam ditemui lemas pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintedan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mayat Mohd Saiful Azuan Mohamad, 16, ditemui kira-kira pukul 10.50 pagi oleh pasukan penyelamat.

Katanya, mayat pelajar yang berasal dari Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) itu ditemui berhampiran lokasi dilaporkan lemas.

“Selepas gerakan mencari dan menyelamat dilakukan hampir 12 jam pasukan penyelamat berjaya mengesan mangsa selepas melakukan selaman di tempat dilaporkan lemas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam kegembiraan sekumpulan remaja mandi di kawasan air terjun berkenaan berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka hilang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu mangsa bersama 14 lagi rakannya pergi ke kawasan air terjun itu selepas selesai majlis sambutan Maulidur Rasul di AMBS.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.  – Bernama

Pelajar vokasional disasar bertambah 20% tahun ini – Bernama


Pelajar vokasional disasar bertambah 20% tahun ini
28 Januari 2014
  • Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
< 1 / 1 >

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional dan meningkatkan penyediaan kemudahan fizikal bagi menambah bilangan pelajar bidang itu menjadi 20 peratus tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bertujuan menampung keperluan tenaga manusia terlatih dalam pelbagai industri yang lebih mementingkan tenaga kerja berkemahiran.

Beliau berkata, sambutan daripada kalangan pelajar amat menggalakkan apabila tahun lepas menyaksikan kira-kira 126,000 pelajar memohon untuk mengikuti pendidikan vokasional, sedangkan tempat yang disediakan hanya berjumlah kira-kira 20,000 sahaja.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri faham dengan keadaan itu dan bersetuju supaya kerajaan memberi perhatian terhadap usaha menyediakan lebih banyak kemudahan yang diperlukan bagi menawarkan lebih banyak tempat buat pelajar melanjutkan pelajaran di bidang vokasional.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan di Majlis Perutusan Tahunan 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Sementara itu merujuk kepada masalah berkaitan bebanan guru, Muhyiddin berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pengambilan pegawai pembantu pentadbiran khusus bagi membantu dalam meringankan beban para guru di 10,000 sekolah, secara berperingkat.

Beliau berkata, langkah bagi mengurangkan bebanan guru itu turut terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, bagi membolehkan para guru memberi tumpuan terhadap tugas mengajar.

Bagaimanapun, beliau berkata di mana-mana negara sekalipun, selain mengajar semata-mata, para guru turut diberi pelbagai tanggungjawab lain seperti aspek ko-kurikulum dan disiplin.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Muhyiddin menyentuh soal transformasi negara khususnya dalam bidang pendidikan, di samping menyenaraikan pencapaian serta cabaran yang dihadapi PPPM.

Beliau berkata, PPPM mendapat pengiktirafan antarabangsa yang cukup meyakinkan sehingga diberi penghormatan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) bagi mengadakan pameran di ibu pejabat badan dunia itu di Paris, Perancis November lepas.

Majlis hari ini juga menyaksikan Muhyiddin melancarkan logo baharu Kementerian Pendidikan Malaysia, dan menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada kakitangan kementerian yang menunjukkan prestasi mantap dalam perkhidmatan. – Bernama

2 beradik terlampau, khalwat dengan 5 lelaki – Sinar Harian


2 beradik terlampau, khalwat dengan 5 lelaki
RUBIAH OMAR
29 Januari 2014
  • Dua beradik terlampau, khalwat bersama 5 lelakiDua beradik masing-masing berumur 15 dan 18 tahun diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.
< 1 / 1 >

KUALA TERENGGANU – Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan  mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.

Murid dituduh mencuri wang disiasat secara ganas – Metro


Murid dituduh mencuri wang disiasat secara ganas

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kajang: Tidak cukup digelar pencuri, seorang murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Bangi dekat sini, mendakwa diheret guru disiplin lelaki hingga koyak baju selain dikurung beberapa minit dalam stor sekolah selain cuba dipukul dengan penyapu.

Mangsa yang dikenali sebagai Balqis, 11, berkata, dia diperlakukan demikian oleh guru berkenaan dalam usaha memaksanya membuat pengakuan palsu kononnya dia bertanggungjawab mencuri wang tunai RM290 milik seorang guru di sekolah itu.
Menurutnya, walaupun kejadian itu sudah berlaku lima bulan lalu, namun hingga kini dia masih digelar pencuri di sekolahnya, malah turut dilucutkan jawatan sebagai pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sejak kejadian itu.

 

“Pada hari kejadian 23 Ogos tahun lalu, saya bersama 12 rakan sekelas yang semuanya perempuan diminta membersihkan makmal sains sehari sebelum cuti sekolah dan selepas mengemas, kami terus pulang ke rumah.
“Bagaimanapun, selepas pulang daripada cuti sekolah, kami semua dipanggil untuk disoal siasat mengenai wang milik seorang guru yang mengajar subjek Kajian Tempatan sebanyak RM290 dikatakan hilang dan ketika itu, rakan sekelas mengaku mengambil wang itu, tetapi dia turut membabitkan nama saya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, apabila dia menafikan terbabit dengan kecurian itu, gurunya tidak mempercayai pengakuannya sebelum menuduh dia mencuri wang berkenaan dan bukan rakan sekelasnya yang mengaku berbuat demikian.

 

FotoBALQIS menunjukkan baju sekolah yang koyak ditarik cikgu.

“Saya disoal siasat tiga hari oleh beberapa guru dan pada hari kedua, saya duduk di foyer sekolah dan ketika itu, guru disiplin berjalan ke arah saya dan menuduh saya mengambil wang itu dan apabila saya enggan mengaku, dia menjerit ke arah saya sebelum menarik dan mengheret saya dari foyer ke keretanya kononnya mahu membawa saya ke balai polis.
“Saya cuba menahan, tetapi tidak berdaya dan ketika itu guru itu menarik tangan saya dengan kuat hingga lengan baju terkoyak sambil dia memegang sejadah pula untuk menarik saya,” katanya.

 

Katanya, guru disiplin itu memaksanya mengaku termasuk menyatakan jika tidak mahu mengaku, dia akan dipukul dengan penyapu manakala hari seterusnya, seorang guru wanita mengheret dan mengurungnya dalam stor sekolah kerana enggan memberitahu tempat wang yang dicuri itu disimpan.
“Sejak kejadian itu, saya malu untuk ke sekolah dan rakan turut menjauhkan diri daripada saya kerana menyangkakan saya adalah pencuri. Saya tidak bersalah, tetapi diperlakukan begini,” katanya.
Sementara itu, ibu Balqis, Zalina Zakaria, 30, berkata, dia dan suaminya dipanggil ke sekolah selepas dua minggu anaknya disoal siasat dengan ganas.
“Dalam pertemuan dengan guru kaunseling, dia hanya memaklumkan anak saya mencuri wang dan tidak menyatakan dia dipukul, diheret, malah dikurung dalam stor sekolah.
“Apabila saya meminta untuk bercakap dengan rakan anak yang mengaku mencuri itu, guru berkenaan enggan memberi kebenaran dan seolah-olah mahu melindungi murid berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang menyiasat murid dengan ganas dan selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu, dia kemudian pergi semula ke sekolah.
“Apabila saya menyoal tindakan guru disiplin yang mengheret dan memukul anak saya, guru itu dengan selamba menyatakan itu adalah cara soal siasat polis.
“Sejak kejadian itu, anak sulung saya tidak lalu makan, malah bertindak agresif hingga saya terpaksa membawanya berjumpa pakar psikiatri di Hospital Serdang sebanyak dua kali,” katanya.
Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis dan kes itu juga sudah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, namun hingga sekarang tiada tindakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Siasatan menyeluruh – Metro


Siasatan menyeluruh

Kuala Lumpur: “Siasatan menyeluruh akan dijalankan mengenai insiden berkenaan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika benar dakwaan murid terbabit terabai oleh pihak sekolah.”

Itu tegas Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jamaluddin Yusoff mengenai dakwaan seorang kakitangan awam yang terkilan kerana anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan otak diabaikan di bilik rawatan sekolah selama enam jam.
Bagaimanapun, Jamaluddin meminta semua pihak tidak menuding jari sementara menunggu siasatan selesai.

 

“Saya berpandangan bahawa apa yang berlaku adalah di luar dugaan semua pihak,” katanya ketika dihubungi semalam.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/2

Murid hidap barah dibiar enam jam – Metro


Murid hidap barah dibiar enam jam

Oleh Gaddafi Musli

Kuala Lumpur: “Kami tidak mengabaikan murid berkenaan, sebaliknya menjenguknya beberapa kali ketika tidur, keadaannya tidak serius dan kami tidak sangka dia mengalami ketumbuhan dalam otak,” kata seorang kakitangan sekolah di Putrajaya.

Murid berkenaan, Qistina Batrisyia Khairul Anuar,9, pada awalnya muntah dan hampir pitam ketika perhimpunan sekolah pada pagi 21 Januari lalu.
Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke bilik rawatan sekolah dan bapanya Khairul Anuar Aziz, 35, mendakwa anaknya dibiar di bilik rawatan berkenaan selama enam jam dan hanya minum air kosong yang dibawa dari rumah.

 

Polis bantuan di kediaman rasmi Perdana Menteri itu juga mendakwa pihak sekolah tidak memaklumkannya dan dia hanya melihat anaknya dipapah dalam keadaan tidak bermaya ketika datang untuk mengambilnya di sekolah pada jam 1.15 tengah hari.
Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Putrajaya dan selepas menjalani ujian darah serta imbasan di bahagian kepala, dia dan isterinya dimaklumkan oleh doktor bahawa Qistina menghidap penyakit ketumbuhan otak sebesar bola tenis di bahagian kiri kepala, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan.
“Selepas itu saya terus hubungi guru besar sekolah dan bertanya kenapa mereka tidak memberitahu saya atau isteri bahawa Qistina tidak sihat pada hari kejadian dan dia (guru besar) berkata perkara itu sedang dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di HKL, kelmarin.

 

Sementara itu, kakitangan sekolah berkenaan juga memaklumkan Harian Metro bahawa pihaknya sudah menghubungi Khairul Anuar, tetapi tidak dijawab.
“Pihak sekolah tidak mengabaikannya sebaliknya kami turut mengadakan doa selamat dan mengutip derma bagi meringankan beban keluarga murid berkenaan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Guru terus tukar sekolah – Metro


Guru terus tukar sekolah

Shah Alam: Seorang guru yang didakwa memukul seorang pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, akan dikenakan tindakan awal dengan ditukarkan ke sekolah sekitar Selangor dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, siasatan lanjut sudah dijalankan dan pihaknya sudah memanggil guru terbabit.
“Guru itu mengakui menghentak kepala selain mencubit hingga lebam lengan pelajar itu,” katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Shah Alam: Seorang guru yang didakwa memukul seorang pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, akan dikenakan tindakan awal dengan ditukarkan ke sekolah sekitar Selangor dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, siasatan lanjut sudah dijalankan dan pihaknya sudah memanggil guru terbabit.
“Guru itu mengakui menghentak kepala selain mencubit hingga lebam lengan pelajar itu,” katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Amarah cikgu harimau – Metro


Amarah cikgu harimau

Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.

Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.

 

Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.

Foto

LENGAN kanan Issac lebam dipukul.

“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Rayuan mengekalkan jawatan Penolong Kanan bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA34 – NUTP


Rayuan mengekalkan jawatan Penolong Kanan bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA34 secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)

Document:
Tarikh Berita/News Date:
25/01/2014