Pelajar vokasional disasar bertambah 20% tahun ini – Bernama


Pelajar vokasional disasar bertambah 20% tahun ini
28 Januari 2014
  • Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
< 1 / 1 >

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional dan meningkatkan penyediaan kemudahan fizikal bagi menambah bilangan pelajar bidang itu menjadi 20 peratus tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bertujuan menampung keperluan tenaga manusia terlatih dalam pelbagai industri yang lebih mementingkan tenaga kerja berkemahiran.

Beliau berkata, sambutan daripada kalangan pelajar amat menggalakkan apabila tahun lepas menyaksikan kira-kira 126,000 pelajar memohon untuk mengikuti pendidikan vokasional, sedangkan tempat yang disediakan hanya berjumlah kira-kira 20,000 sahaja.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri faham dengan keadaan itu dan bersetuju supaya kerajaan memberi perhatian terhadap usaha menyediakan lebih banyak kemudahan yang diperlukan bagi menawarkan lebih banyak tempat buat pelajar melanjutkan pelajaran di bidang vokasional.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan di Majlis Perutusan Tahunan 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Sementara itu merujuk kepada masalah berkaitan bebanan guru, Muhyiddin berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pengambilan pegawai pembantu pentadbiran khusus bagi membantu dalam meringankan beban para guru di 10,000 sekolah, secara berperingkat.

Beliau berkata, langkah bagi mengurangkan bebanan guru itu turut terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, bagi membolehkan para guru memberi tumpuan terhadap tugas mengajar.

Bagaimanapun, beliau berkata di mana-mana negara sekalipun, selain mengajar semata-mata, para guru turut diberi pelbagai tanggungjawab lain seperti aspek ko-kurikulum dan disiplin.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Muhyiddin menyentuh soal transformasi negara khususnya dalam bidang pendidikan, di samping menyenaraikan pencapaian serta cabaran yang dihadapi PPPM.

Beliau berkata, PPPM mendapat pengiktirafan antarabangsa yang cukup meyakinkan sehingga diberi penghormatan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) bagi mengadakan pameran di ibu pejabat badan dunia itu di Paris, Perancis November lepas.

Majlis hari ini juga menyaksikan Muhyiddin melancarkan logo baharu Kementerian Pendidikan Malaysia, dan menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada kakitangan kementerian yang menunjukkan prestasi mantap dalam perkhidmatan. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s