Disondol ‘bayang hitam’ – Metro


Disondol ‘bayang hitam’

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: “Bayangan hitam itu terlalu laju dan merempuh motosikal saya,” kata Mohammad Radhi Che Husin, 17, yang nyaris maut apabila motosikal ditungganginya disondol seekor babi di Kampung Kelulut, Marang, kelmarin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang itu berkata, dalam kejadian jam 8 malam, dia menunggang motosikal Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kelulut selepas menziarahi neneknya di bandar Marang.
Menurutnya, dalam perjalanan, dia tidak sempat mengelak apabila seekor babi hutan dari semak di tepi jalan tiba-tiba keluar dan terus menyondol motosikal yang ditungganginya.

 

Katanya, sebaik disondol, dia tersembam di atas jalan, manakala babi itu mati di tempat kejadian.
“Mujurlah ketika kejadian, penduduk kampung memberikan bantuan dengan menghantar saya ke rumah sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan HSNZ di sini, semalam.
Menurutnya, selain luka besar di bahagian bahu kiri, kaki dan badan, doktor juga memberitahu jari telunjuk tangan kanannya patah.

 

FotoMOHAMMAD Radhi menunjukkan kesan kecederaan akibat disondol babi hutan.

Katanya, dia tidak tahu punca menyebabkan babi berkenaan menyondolnya, tetapi bersyukur kerana terselamat daripada maut.
“Saya berharap penduduk lain berwaspada ketika melalui laluan itu kerana sudah banyak kejadian sama dilaporkan berlaku di kawasan jalan berkenaan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s