Dituduh cabul anak tiri dua kali – Sinar Harian


Dituduh cabul anak tiri dua kali
HAMIZAH BASIR
31 Januari 2014
 
 
  • Dituduh cabul anak tiri dua kaliTertuduh (dalam van, depan, kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, semalam
< 1 / 1 >

SEREMBAN – Seorang pengusaha bengkel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul anak tirinya pada Jun 2012 dan Disember lalu.

Tertuduh, Hanip Hassan, 50, yang memakai pakaian lokap mengangguk faham dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anak tirinya berusia 15 tahun pada pertengahan Jun 2012 dalam kejadian kira-kira 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Ampangan, dekat sini.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, Hanip didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan terhadap remaja yang sama pada awal Disember lalu, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, juga di rumah yang sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan.

Siti Khairiah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,700 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 28 Februari depan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkifli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s