Jumlah calon cemerlang STAM meningkat di Kedah – Bernama


Jumlah calon cemerlang STAM meningkat di Kedah
30 Januari 2014
  • STAMDua pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Farhan Adhan Bakri (kanan) dan Siti Nurul Iman Mohd Naim (kiri) berkongsi kegembiraan bersama rakan lain apabila mereka berjaya memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) pada peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 ketika ditemui di sekolah itu di Alor Star hari ini. – Foto Bernama
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Jumlah pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 di Kedah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Di ALOR SETAR, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mansor Lat berkata jumlah pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang tahun lepas meningkat sebanyak 3.97 peratus berbanding 2012, iaitu 35 pelajar sahaja.

Beliau berkata sejumlah 38 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang), 117 Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 267 lagi Jayyid (baik) daripada 958 pelajar yang menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

Mansor berkata Kedah di tempat ke-11 daripada 13 negeri yang mengambil peperiksaan itu dengan gred purata nasional (GPN) 3.21.

Di KUALA TERENGGANU, sejumlah 12 daripada 124 calon memperoleh keputusan cemerlang.

Ketua Sektor Pengurusan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Ahmad Shukor Mansor berkata pencapaian GPN meningkat 0.14 peratus iaitu 2.23 berbanding 2.37 pada 2012.

Beliau berkata Amjad Fakhri At Tamimi Ismail dari Institut Al-Quran Terengganu (IQT) memperoleh keputusan paling cemerlang, iaitu 10 Mumtaz, manakala dua calon Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin iaitu Nur Fitriyyah Che Harun dan Abdul Muiz Hazban memperoleh 9 Mumtaz serta 1 Jayyid Jiddan.

Sementara itu, Amjad yang dinobat pelajar STAM paling cemerlang di Terengganu, berkata beliau menjadikan ibu bapanya yang bergelar ustaz dan ustazah, sebagai sumber inspirasi.

Beliau turut melahirkan hasrat melanjutkan pengajian dalam bidang kehakiman dan syariah di Mesir.  – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s