Padah cuba ragut guru – Sinar Harian


Padah cuba ragut guru
NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
31 Januari 2014
  • Asisten Komisioner Azman AyobAsisten Komisioner Azman Ayob
< 1 / 1 >

MUAR – Cubaan dua beradik meragut seorang guru wanita di hadapan sebuah bank gagal apabila seorang daripada mereka diberkas polis yang membuat rondaan di Jalan Abdullah, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek pertama yang ditahan berusia 26 tahun, manakala abangnya berusia 38 tahun berjaya meloloskan diri, namun gagal mendapatkan barang milik mangsa.

Menurutnya, bagaimanapun, suspek kedua berjaya ditahan sejam selepas itu di rumahnya di Taman Mas Jaya, Jalan Salleh.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam sebaik mangsa mengeluarkan wang dari sebuah bank, beg tangannya ditarik suspek yang menaiki motosikal jenis skuter dari arah belakang.

“Suami mangsa yang menyaksikan insiden itu cuba menyelamatkan mangsa dan anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di jalan tersebut telah menahan salah seorang suspek. Sejam kemudian kita berjaya menahan suspek kedua.

“Mangsa pula mengalami kecederaan di siku kanan akibat terjatuh ketika cuba mempertahankan begnya daripada diragut suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Katanya, susulan siasatan ke atas kedua-dua suspek, pihaknya memberkas suspek ketiga berusia 33 tahun yang merupakan kawan pasangan adik beradik berkenaan sekitar jam 4.40 petang sehari selepas kejadian.

“Kita rampas enam telefon bimbit pelbagai jenis dan seutas jam termasuk dua motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu dipercayai dicuri yang digunakan untuk meragut.

“Dengan penahanan mereka, kita berjaya menyelesaikan tujuh kes samun dan ragut di Jalan Ali, Jalan Arab, Jalan Abdullah dan sekitar bandar Muar dan Sungai Abong. Kita akan siasat lagi dan percaya masih ada barang kes lain,” katanya.

Beliau berkata, pasangan adik beradik berkenaan masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala rakannya mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan samun.

Azman memberitahu, hasil saringan air kencing mendapati adik beradik terbabit positif syabu dan kesemua suspek direman sehingga Selasa ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s