PEMAKLUMAN BERHUBUNG PELANJUTAN TEMPOH KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PENGURUSAN FASILITI SEKOLAH (PPFF) 2013-2025


PEMAKLUMAN BERHUBUNG PELANJUTAN TEMPOH KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PENGURUSAN FASILITI SEKOLAH (PPFF) 2013-2025

29 January 2014

Dimaklumkan Kajian Pelan Induk Perancangan Pembangunan Fizikal dan Pengurusan Fasiliti Sekolah (PPFF) 2013-2025 merupakan salah satu insiatif kerajaan bagi membentuk satu pangkalan data yang dapat membantu KPM dalam merancang pembangunan pendidikan pada masa akan datang. Bagi melaksanakan Kajian Pelan Induk PPFF ini, BPP telah melantik perunding Perancang Bandar Geo Planning Consulting dengan tempoh perkhidmatan dari 15 April 2013 – 15 April 2014. Objektif kajian ini adalah  untuk mewujudkan dokumen yang mengunjurkan keperluan bilangan sekolah dengan merujuk kepada taburan penduduk semasa dan akan datang. Selain daripada itu, Kajian Pelan Induk PPFF ini juga berfungsi untuk mewujudkan satu sistem pengurusan fasiliti yang lebih mantap. Sehubungan itu, salah satu skop kerja yang terlibat adalah dengan membuat bancian ke atas 10,084 buah sekolah di seluruh Malaysia. (Bilangan sekolah adalah sehingga Jun 2013).

 

Berikut merupakan ringkasan perlanjutan tempoh kajian:

Nama Kajian : Kajian Pelan Induk Perancangan Pembangunan Pendidikan dan Pengurusan Fasiliti Sekolah (PPFF) 2013-2023

Tempoh Lanjutan Kerja-kerja Bancian : 2 Januari 2014-31 Mac 2014  (Rujuk surat kebenaran pelaksanaan kerja-kerja bancian yang dilampirkan)

Bilangan sekolah yang terlibat : Seperti Jadual 1

 

NO NEGERI BILANGAN SEKOLAH BILANGAN SIAP DIBANCI BILANGAN BELUM DI BANCI
1 JOHOR 1174 365 809
2 TERENGGANU 493 475 18
3 KELANTAN 591 412 179
4 KEDAH 724 468 256
5 PULAU PINANG 397 199 198
6 PERAK 1094 436 658
7 PAHANG 728 290 438
8 SELANGOR 921 769 152
9 WILAYAH PERSEKUTUAN KL 297 282 15
10 SABAH 1285 920 365
11 SARAWAK 1449 534 915
12 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 26 26 0
13 PERLIS 103 103 0
14 MELAKA 313 313 0
15 NEGERI SEMBILAN 465 465 0
16 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 24 24 0
JUMLAH 10,084 6,081 4,003

Jadual 1: Bilangan sekolah yang belum dibanci mengikut negeri

 

Bilangan  Pembanci yang terlibat : 285 orang pembanci (senarai nama dikemukakan bersama surat kebenaran kerja-kerja bancian)

 

Muat Turun
Surat Pelaksanaan Kerja-Kerja Bancian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s