Isu Dua Status Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang dan KUP Time Based ExPPPLD – NUTP


Isu Dua Status Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang dan KUP Time Based ExPPPLD

Saudara/Saudari,

Isu Dua Status Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang dan KUP Time Based ExPPPLD

Merujuk kepada perkara di atas Pihak NUTP mohon saudara/ saudari kemukakan maklumat kepada NUTP dengan kadar segera.

Pihak NUTP akan usaha menyelesaikan masalah ini.

Sila muat turun borang tersebut.

Sekian, harap maklum

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung NUTP

 

 

 

 

Tarikh Berita/News Date:
27/02/2014

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL 5 TAHUN 2014 – LANGKAH PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL 5 TAHUN 2014 – LANGKAH PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS

Kategori Surat Siaran
Bil 5
Tahun 2014
Jabatan Sektor Pengajian Tinggi
Fail SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL 5 TAHUN 2014 – LANGKAH PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS
Tarikh 26 February 2014

GARIS PANDUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA BAGI PEKEDAI BUKU TAHUN 2014


GARIS PANDUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA BAGI PEKEDAI BUKU TAHUN 2014

Kategori Surat Siaran
Bil 1
Tahun 2014
Jabatan Bahagian Kewangan
Fail Garis Panduan Baucar Buku 1Malaysia Bagi Pekedai Buku Tahun 2014
Tarikh 27 February 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

27 February 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calonWARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:

i.    Pengarah Gred 48 (Terbuka), Education Malaysia

a.    Dubai
b.    Ho Chi Minh City

ii.    Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia

a.    Australia

iii.    Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41 (Terbuka), Education Malaysia

a.    Dubai
b.    Beijing
c.    Ho Chi Minh

3.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:

i)    Cik Nurul Hidayah Binti Ahmad Zamzuri
Penolong Setiausaha
03-8870 5211
hidayah.zamzuri@moe.gov.my

ii)    Puan Mardiana Binti Zulkifli
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
03-8870 5241
mardiana.zulkifli@moe.gov.my

4.    Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2014 (Jumaat). Segala kerjasama dan perhatian YBhg./Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Muat Turun
Iklan (PDF)
Borang Permohonan
Lampiran A: Borang Ringkasan Peribadi

ISU NOTIS PANGGILAN TEMUDUGA SESI KEMASUKAN AWAL , PROGRAM SIJIL, ASASI, DIPLOMA SERTA IJAZAH YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGURUSAN SISWAZAH


ISU NOTIS PANGGILAN TEMUDUGA SESI KEMASUKAN AWAL , PROGRAM SIJIL, ASASI, DIPLOMA SERTA IJAZAH YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGURUSAN SISWAZAH

27 February 2014

 

Muat Turun
ISU NOTIS PANGGILAN TEMUDUGA SESI KEMASUKAN AWAL , PROGRAM SIJIL, ASASI, DIPLOMA SERTA IJAZAH YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGURUSAN SISWAZAH

TINDAKAN KPPK ATAS ISU SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH – NUTP


TINDAKAN KPPK ATAS ISU SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

TINDAKAN KPPK ATAS ISU SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

___________________________________________________________________________

 

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah diperkenalkan sejak tahun 2011. Pada mulanya guru-guru sangat gembira dan menyokong Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.  Objektif utama Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah untuk beralih daripada sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada pembelajaran holistik. Guru mula mengalami bebanan dan tekanan oleh Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah kerana masalah E-sistem dan tugas pengkeranian di kalangan guru.  Guru menghadapi kesusahan, tekanan dan ketidakpuasan hati. KPPK telah mengumpulkan maklumat mengenai rintihan guru-guru dan menyerahkan memorandum mengenai Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan dengan masalah serius yang dihadapi oleh guru-guru dalam memasukkan data ke dalam E-Sistem.

25 pemimpin KPPK telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melebihi 20 kali sejak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan sehingga kini.  KPPK telah membuat kenyataan akhbar yang berkaitan dengan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.    Dalam kenyataan akhbar pada 8 November 2013 KPPK telah menyatakan bahawa KPPK menolak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Hasil daripada desakan tersebut, KPPK telah dimaklumkan secara rasmi bahawa Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ditangguhkan sehingga 1 April 2014. KPPK masih menunggu dan jika Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah gagal dinaik taraf, KPPK akan mendesak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dimansuhkan.

Sekian, harap maklum.

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date:
25/02/2014

Surat Pekeliling Penangguhan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) – NUTP


Surat Pekeliling Penangguhan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Semua Ahli KPPK,

Surat Pekeliling Penangguhan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang bertarikh 20 Disember 2013 adalah hasil bantahan NUTP pada 8 Nov 2013.

Sila rujuk pada lampiran.

Sekian, harap maklum

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

 

Document:
Tarikh Berita/News Date:
25/02/2014

ANUGERAH IKON GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014


ANUGERAH IKON GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014

24 February 2014
Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014. Anugerah ini merupakan kali kedua diadakan dan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan (guru/pensyarah/pegawai) atas sumbangan dan jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada pegawai/pensyarah/guru yang berminat untuk menyertai Pencalonan Anugerah Ikon Guru tersebut. Syarat-syarat serta borang penyertaan adalah seperti Lampiran yang disertakan di bawah. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nor Hapipah bt. Hj. Md. Shah di talian 03-88721650 / 010-2255676.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Muat Turun
Lampiran Ikon Guru

Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014 – NUTP


Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014

Untuk Makluman Semua Ahli KPPK,

1. Kursus ini tidak wajib sesiapa yang berminat boleh memohon

2. Tujuan kursus ini untuk meningkatkan Ilmu dan Kepakaran

3. Kemungkinan besar akan dilaksanakan secara online

Sekian, harap maklum

 

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date:
21/02/2014