Kanak-kanak teruja, ibu bapa gembira – Sinar Harian


Kanak-kanak teruja, ibu bapa gembira
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
9 Februari 2014
  • Kanak-kanak teruja, ibu bapa gembiraKanak-kanak teruja, ibu bapa gembira
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Kehadiran maskot kartun popular tanah air, Upin dan Ipin berjaya menggamatkan suasana Karnival Karangkraf pada hari terakhir upacara tahunan ini berlangsung.

Orang yang paling gembira dengan kehadiran maskot tersebut sudah tentulah kanak-kanak yang kelihatan begitu teruja dan gembira apabila dapat menyanyi dan bergambar bersama pasangan kembar kartun tersebut.

Acara yang paling menarik ketika kehadiran maskot tersebut ialah tiru gaya suara watak-watak dalam siri kartun Upin dan Ipin.

Antara suara watak yang menarik perhatian ialah suara Mei Mei, kanak-kanak berbangsa Cina dalam siri animasi itu.

Kemunculan seorang kanak-kanak perempuan di atas pentas dengan meniru suara Mei Mei begitu menjadi, mana tidaknya suara kanak-kanak tersebut saling tak tumpah seperti suara watak Mei Mei yang asal.

“Saya suka, saya suka,” begitulah tagline Mei Mei yang berjaya menarik perhatian pengunjung.

Karnival Karangkraf yang akan berakhir hari ini masih menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung yang belum sempat hadir ke kompleks ini.

Kepada mereka yang masih belum sempat mengunjungi karnival ini, anda masih lagi berpeluang untuk menikmati pelbagai ‘tawaran’ yang menarik sehingga 7 malam ini.

Pendidikan perlu diutamakan untuk ubah taraf hidup – Bernama


Pendidikan perlu diutamakan untuk ubah taraf hidup
9 Februari 2014
  • Datuk Seri Mohd Shafie ApdalDatuk Seri Mohd Shafie Apdal
< 1 / 1 >

SEMPORNA – Pendidikan anak-anak perlu dijadikan keutamaan dalam usaha ibu bapa merubah taraf hidup dan ekonomi keluarga, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna kerana ia bukan sahaja memberi sumbangan kepada keluarga malah masyarakat serta pembangunan negara.

“Dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga, jangan sesekali mengabaikan pendidikan anak-anak kerana ia adalah sangat penting untuk mewujudkan masyarakat
berilmu serta dapat memberi sumbangan dalam pembangunan negara,” katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pulau Silawa dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan melalui pemimpin tempatan juga akan sentiasa berusaha menyalurkan bantuan agar rakyat dapat meningkatkan taraf hidup menerusi peluang pembangunan di dalam dan di luar bandar.

Pada majlis itu, Mohd Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna meluluskan projek menambah baik jeti dan pembinaan tangki air bersih di pulau berkenaan.

“Saya berharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk keselesaan rakyat di Pulau Silawa ini di samping menjadikannya pemangkin dalam usaha
meneroka sumber pendapatan di pulau ini,” katanya.

Pulau Silawa terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Semporna dan dihuni 456 orang penduduk, majoritinya nelayan. – Bernama

SMKSS ungguli kejohanan merentas desa – Sinar Harian


SMKSS ungguli kejohanan merentas desa
WAN MOHD RUZLAN WAN OMAR
9 Februari 2014
  • SMKSS ungguli kejohanan merentas desaPara atlet SMKSS selepas dinobatkan selaku juara keseluruhan.
< 1 / 1 >
TEPAT seperti diramalkan sebelum bermulanya Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan (MSSDKTS) yang kontinjen SMK Sultan Sulaiman (SMKSS) bakal mendominasi sekali lagi acara sukan larian jarak jauh itu.
Pelari SMKSS hampir menguasai setiap kategori yang dipertandingkan dan mereka tampil sebagai juara dalam Kategori Lelaki bawah 16 tahun dan perempuan bawah 15 tahun.
Namun, hasrat untuk muncul juara dalam kategori lelaki 15 tahun dan perempuan bawah 18 tahun tidak kesampaian dan SMKSS sekadar di tangga kedua selaku naib johan. Pun demikian kiraan mata secara keseluruhan membolehkan SMKSS dinobatkan sebagai juara  keseluruhan kejohanan MSSDKTS buat kali kelima berturut-turut.
Pengetua sekolah berkenaan, Hashim Abd Rahman nyata begitu gembira dengan pengekalan reputasi dan prestasi para atlet sekolahnya sambil memberitahu bahawa SMKSS kini berada di landasan tepat untuk melonjakkan nama di pentas Kejohanan Balapan dan Padang MSSDKTS nanti.
“Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh atlet, para jurulatih dan pengurusan pasukan SMKSS yang terus komited dengan menerapkan visi jitu untuk mengekalkan momentum kecemerlangan sukan olahraga di sekolah ini.
“Kejayaan ini adalah kejayaan bersama seluruh warga SMKSS dan saya berharap para atlet dan jurulatih usah terlalu lama bergembira dengan nikmat kejayaan ini kerana visi besar adalah untuk mengekalkan kejuaraan Kejohanan Balan dan padang nanti, tetapi saya yakin yang atlet SMKSS mampu laksanakan visi dengan sebaiknya,” kata Hashim Abd Rahman ketika ditemui baru-baru ini.
Sementara itu, Tan Teck Siong yang bertindak sebagai Ketua Jurulatih SMKSS mengatakan kegigihan para atlet mengikuti sesi latihan adalah tonik utama kepada kejayaan.
“Saya begitu kagum dengan komitmen setiap atlet yang dipilih mewakili sekolah dan sikap ingin mengharumkan nama sekolah di arena sukan olahraga nampak begitu menebal dalam kalangan atlet SMKSS,” kata Tan Teck Siong yang gembira dengan kejayaan anak-anak buahnya dan menganggap kejayaan tersebut sebagai ‘Ang Pau’ buat diri menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Pengakap Muda jalani ujian Lencana Usaha – Sinar Harian


Pengakap Muda jalani ujian Lencana Usaha
WAN MOHD RUZLAN WAN OMAR
9 Februari 2014

SERAMAI 782 ahli pengakap muda dari 52 buah sekolah menengah di seluruh Terengganu telah menyertai Kem Lencana Usaha Pengakap Muda  selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Seberang Takir.

Menurut Pengarah Akademi Pengakap Terengganu, Othman Ismail, tujuan kem diadakan bertujuan memberi peluang kepada ahli Pengakap Muda memperoleh Lencana Usaha.

“Ini adalah usaha yang menjadikan kalendar aktiviti tahunan Majlis Pengakap Terengganu dan kem ini dikelolakan menerusi Akademi Pengakap Terengganu.

“Saya amat gembira kerana pada tahun ini sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat memberangsangkan sekali,” kata Othman ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, menerusi kem seumpama ini, pengakap muda  juga akan diserapkan dengan nilai kendiri yang positif seperti sikap bekerjasama, berdikari, saling memupuk semangat kekitaan tanpa mengira kaum dan agama.

“Jadi, secara tidak langsung kegiatan kokurikulum menerusi pengakap menjadi wadah terbaik dalam membina modal insan generasi muda yang berketerampilan unggul yang sarat dengan nilai sahsiah peribadi yang mulia.

“Nilai  kecintaan kepada negara dan ketaatan kepada pemimpin juga kami terapkan agar pengakap muda menjadi warganegara yang baik dan bersedia untuk berkorban buat negara mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, Brandon Soh Rang Cheng, 15  pelajar tingkatan tiga dari SMK Chung Hwa Wei Sing Kuala Terengganu mengatakan rasa gembira kerana berkesempatan menyertai kem ini yang mana baginya amat bermanfaat untuk penyuburan nilai personaliti terpuji.

“Dalam kem ini saya dapat pengalaman baru bersama-sama pelajar lain sekali gus hal ini membina persefahaman antara kaum. Saya tidak kekok untuk bergiat bersama-sama rakan yang lain, malah bagi saya semua acara yang diadakan amat berfaedah dalam membentuk sikap yang baik dan positif,” katanya.

Polis ambil keterangan ibu pelajar maut minum ubat – Bernama


Polis ambil keterangan ibu pelajar maut minum ubat
9 Februari 2014

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan ibu pelajar yang maut selepas meminum sebotol ubat di rumahnya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata keterangan akan diambil dalam masa terdekat sebaik sahaja upacara penyempurnaan mayat
mangsa di kampung halamannya di Seremban, selesai dilakukan.

“Keterangan ibu mangsa penting bagi membolehkan kita menyiasat kesahihan dakwaan dia (mangsa) tertekan akibat sering dibuli di sekolahnya,” kata Abdul Rashid yang dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Rashid berkata jika dakwaan itu didapati sahih pihaknya juga tidak akan teragak-agak mengambil keterangan daripada pihak lain termasuklah pengetua sekolah mangsa.

Pelajar terbabit, T.Kavinraj, 13, mati ketika menerima rawatan di sebuah klinik selepas meminum ubat yang disimpan di dalam rumahnya.

Ibunya, B. Thanamalar, 43, berkata anaknya merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah, bagaimanapun sejak mula mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Rinching Januari lepas, dia sering mengadu dibuli rakan-rakan. – Bernama

Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014


Kursus Pembangunan Kompetensi
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)
Tahun 2014

 

Maklumat lanjut : http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline/

PENGENALAN
Sila Baca Untuk Keterangan Lanjut berkaitan Program

 

PENGENALAN PROGRAM

  • Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
  • Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  • PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
  • Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21

Matlamat dan Objektif:-

  • Membolehkan PPP membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan

Kumpulan Sasaran :-

Kursus adalah ditawarkan kepada kumpulan sasaran berikut:

Bil Kod Kumpulan Kumpulan Guru Gred Tahun Lantikan Gred Semasa Buka Permohonan
(Permohonan Online)
Bulan Pelaksanaan Catatan
1 41SR0910 Guru Akademik Sekolah Rendah PPS DG41 2009, 2010 Januari Mac – Oktober
2 41SM091011 Guru Akademik Sekolah Menengah PPS DG41 2009, 2010 dan 2011 Januari Mac – Oktober
3 41SGBK091011 Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa SR dan SM PPS DG41 2009, 2010 dan 2011 Januari Mac – Oktober
4 41SRXPPLD10 Guru Akademik Sekolah Rendah (X-PPLD) PPS DG41 2010 Januari Mac – Oktober
5 41JS091011 Guru Jurulatih Sukan dan Jurulatih Seni PPS DG41 2009, 2010 dan 2011 Januari Mac – Oktober Khas Sekolah Sukan dan Sekolah Seni
6 44SR1112 Guru Akademik Sekolah Rendah PPS DG44 2011 dan 2012 Mei Jun- Oktober
7 44SM1112 Guru Akademik Sekolah Menengah PPS DG44 2011 dan 2012 Mei Jun – Oktober

Kursus ini juga hanya ditawarkan kepada kumpulan Guru Akademik/ Guru Kaunseling/ Jurulatih Sukan dan Seni sahaja.

Bagi kumpulan pengurusan (Pegawai di PPD/ JPN/ Guru Besar) adalah tidak termasuk dalam kumpulan ini.

 

TATACARA PERMOHONAN
    1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline

    2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014.
    1. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
    1. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
    1. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
    1. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
  1. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.

Mudah akses pelajaran – Metro


Mudah akses pelajaran

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ

Kuantan: Kementerian Pendidikan memberi jaminan penggunaan buku teks digital yang dilancarkan pihaknya tidak akan membebankan ibu bapa sebaliknya ia berfungsi sebagai bahan tambahan kepada pelajar.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan kerajaan memperkenalkan buku teks digital itu bagi memudahkan pelajar mengakses pelajaran walau di mana mereka berada dan pada bila-bila masa.

“Ini usaha berterusan kerajaan dalam membantu pelajar mengulangkaji pelajaran mereka dan sebagai bahan rujukan tambahan kepada buku teks sedia ada.

Dengan adanya buku teks (digital) ini, mereka boleh akses pelajaran di mana saja…

termasuk ketika bercuti bersama keluarga.

“Selain itu, tujuan utama kami perkenalkan buku teks versi digital ini bagi menggalakkan pelajar melakukan proses pembelajaran kendiri…maksudnya pelajar boleh rujuk buku ini bila-bila masa mengikut tahap kemampuan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program ‘Kita Memberi Mereka Merasa’ anjuran bersama Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (PAUiTM) dan Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) UiTM Pahang, di Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Insyirah, dekat sini, semalam.

Turut hadir Presiden PAUiTM Datuk Zaini Hassan dan Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM Prof Dr Norsaadah Ismail.

Pada majlis itu, PAUiTM turut menyampaikan sumbangan RM175,000 daripada tabungnya dan pelbagai barangan keperluan kepada 15 penghuni rumah anak yatim berkenaan.

Sementara itu, Idris berkata setakat ini kementerian memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma oleh pelajar melalui portal 1BestariNet.

Katanya, proses transformasi pendidikan yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun ini hingga 2025 berjalan pada landasan yang betul dan yakin dapat melahirkan pelajar berkualiti setaraf negara maju lain.

“Buat masa ini, kami ada jumlah buku teks yang sedia diakses pelajar dan ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Mengenai kemudahan atau infrastruktur seperti jalur lebar dan Wifi…

perkara ini juga diberikan perhatian.

“Jika ada kemudahan (buku teks versi digital) tapi kemudahan untuk mengaksesnya tidak ada….

masalah juga.

Namun, ini satu proses dan mengambil masa sedikit.

Kerjasama antara kementerian dengan Bestari.Net diharap mampu membantu mempercepatkan pelaksanaannya ke sekolah di seluruh negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Tingkat kemahiran guru BI – Metro


Tingkat kemahiran guru BI

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

Nilai: Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris (BI) akan lebih berkesan sekiranya ramai guru opsyen BI yang kompeten dan mempunyai tahap kefasihan tinggi dapat disediakan.

Bagi mencapai sasaran itu, pelbagai inisiatif dan penambahbaikan dilaksanakan, termasuk menyediakan program peningkatan profesionalisme yang lebih berfokus dan efektif seperti Program Peningkatan Profisiensi Guru Bahasa Inggeris (Pro-ELT).

Sejak diperkenalkan pada November 2012, Pro-ELT di landasan tepat dalam usaha memastikan peningkatan penguasaan BI guru selepas fasa pertama program berkenaan menunjukkan pencapaian membanggakan.

Pengarah Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC), Dr Ranjit Singh Gill berkata, selepas pelaksanaan Cambridge Placement Test (CPT) kepada 61,000 guru BI pada 2012, kementerian menetapkan sasaran kefasihan guru opsyen BI adalah Band C1 (pengguna mahir/cekap).
Katanya, guru BI yang memperoleh Band B1 dan B2 perlu menghadiri kursus Pro-ELT. Matlamat kerajaan ialah menjelang 2016, semua guru BI berada di Band C1

Katanya, guru BI sekolah menengah yang memperoleh Band B2 dan B1 serta guru sekolah rendah yang mencapai Band B1, perlu menghadiri kursus Pro-ELT. Matlamat kerajaan ialah menjelang 2016, semua guru BI berada di Band C1.

“Bagi memastikan tahap kefasihan BI seseorang guru, CPT digunakan sebagai tapisan pertama.

“Tapisan kedua pula ialah ujian APTIS British Council yang mengukur empat kemahiran serta pengetahuan bahasa yang dikuasai guru berkenaan. Kedua-dua ujian itu diiktiraf pada peringkat antarabangsa, iaitu berdasarkan CEFR,” katanya.

Dr Ranjit berkata, ini bagi memastikan guru yang dikenal pasti untuk mengikuti Pro-ELT ialah mereka yang memerlukan latihan bagi memantapkan kemahiran serta pengetahuan BI.

Katanya, Pro-ELT dilaksanakan mengikut beberapa fasa dengan fasa pertama dijalankan selama 44 minggu mulai November 2012 oleh 5,010 guru diikuti 9,000 lagi menghadiri kursus selama 480 jam, yang akan bermula pada Februari 2014.

Pro-ELT yang merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dipertanggungjawabkan kepada ELTC dengan kerjasama British Council sebagai penyedia latihan untuk membantu meningkatkan profisiensi guru BI seluruh negara.

Selain itu, ELTC turut bertanggungjawab menguruskan beberapa program lain, antaranya Sijil Latihan Pengajaran Bahasa Inggeris (C-PELT) yang bermula 2010 bagi mengukuhkan pengetahuan dan pedagogi guru BI bukan opsyen di sekolah rendah.

ELTC juga melaksanakan latihan jangka pendek untuk meningkatkan profisiensi dan kemahiran pedagogi guru BI sekolah rendah dan menengah. ETLC bertanggungjawab memberikan latihan kepada Ketua Panitia BI sebagai pemimpin mata pelajaran, kepada jurulatih utama BI dan pensyarah BI dari Institut Pendidikan Guru selain mempelopori potensi pendekatan latihan atas talian melalui projek rintis Online Reading Fluency Course.

Peranan ELTC tidak terbatas kepada memberi latihan kepada guru saja, sebaliknya ELTC turut menerajui usaha meningkatkan kemahiran lisan murid sekolah menengah melalui program Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-English).

Di samping itu, ELTC melaksanakan pelbagai penyelidikan bertujuan membantu meningkatkan kualiti latihan guru berdasarkan ‘informed decision’.

Bagi memastikan keberkesanan program yang dijalankan, ELTC menjalin kerjasama dengan agensi lain, termasuk Microsoft Malaysia dan Intel Malaysia, menerusi kursus integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris.

Manakala kerjasama antara ELTC dan British Council diteruskan dalam pembangunan modul latihan guru BI bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan bermula awal tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

4 beradik mula bersekolah di Kelantan – Metro


4 beradik mula bersekolah di Kelantan

2014/02/09 – 10:57:42 AMCetakEmel Kawan
KOTA BHARU: Empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, memulakan persekolahan hari ini.

Aishah Azizul Raheem, 15, dan Ammar, 13, ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala manakala Adam, 12 dan Arif, 8, di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala.

Mereka tiba di sekolah jam 7.30 pagi untuk proses pendaftaran dengan ditemani ibu dan bapa saudara mereka.

Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Kelantan, Che Hussain Awang.

Belia tirai besi – Metro


Belia tirai besi

Oleh ABDUL RAHMAN ADAM

Miri: Usianya ketika itu baru 15 tahun tapi sudah menjanda dan memiliki dua anak hinggakan hidupnya terumbang-ambing termasuk pernah bersembahyang di gereja, terbabit seks bebas selain terjebak dalam kegiatan jenayah.

Itu episod hitam dalam hidup Ratnawati Abdullah, 18, (bukan nama sebenar) sebelum menerima hidayah Allah ketika dipenjarakan akibat kesalahan jenayah.

Gadis ini antara beribu-ribu remaja dan belia yang terpaksa meringkuk di sebalik tirai besi akibat kesilapan dalam membuat percaturan hidup.

Ikuti kisah lanjut gadis ini selain pengalaman beberapa banduan yang terpaksa menjalani kehidupan di Penjara Lambir Miri, Sarawak dengan harapan menjadi teladan dan pengajaran kepada masyarakat terutama golongan muda.

FotoRATNAWATI ditemu bual oleh wartawan Metro Ahad.

 

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09