Mudah akses pelajaran – Metro


Mudah akses pelajaran

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ

Kuantan: Kementerian Pendidikan memberi jaminan penggunaan buku teks digital yang dilancarkan pihaknya tidak akan membebankan ibu bapa sebaliknya ia berfungsi sebagai bahan tambahan kepada pelajar.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan kerajaan memperkenalkan buku teks digital itu bagi memudahkan pelajar mengakses pelajaran walau di mana mereka berada dan pada bila-bila masa.

“Ini usaha berterusan kerajaan dalam membantu pelajar mengulangkaji pelajaran mereka dan sebagai bahan rujukan tambahan kepada buku teks sedia ada.

Dengan adanya buku teks (digital) ini, mereka boleh akses pelajaran di mana saja…

termasuk ketika bercuti bersama keluarga.

“Selain itu, tujuan utama kami perkenalkan buku teks versi digital ini bagi menggalakkan pelajar melakukan proses pembelajaran kendiri…maksudnya pelajar boleh rujuk buku ini bila-bila masa mengikut tahap kemampuan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program ‘Kita Memberi Mereka Merasa’ anjuran bersama Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (PAUiTM) dan Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) UiTM Pahang, di Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Insyirah, dekat sini, semalam.

Turut hadir Presiden PAUiTM Datuk Zaini Hassan dan Timbalan Naib Canselor ICAN UiTM Prof Dr Norsaadah Ismail.

Pada majlis itu, PAUiTM turut menyampaikan sumbangan RM175,000 daripada tabungnya dan pelbagai barangan keperluan kepada 15 penghuni rumah anak yatim berkenaan.

Sementara itu, Idris berkata setakat ini kementerian memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma oleh pelajar melalui portal 1BestariNet.

Katanya, proses transformasi pendidikan yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun ini hingga 2025 berjalan pada landasan yang betul dan yakin dapat melahirkan pelajar berkualiti setaraf negara maju lain.

“Buat masa ini, kami ada jumlah buku teks yang sedia diakses pelajar dan ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Mengenai kemudahan atau infrastruktur seperti jalur lebar dan Wifi…

perkara ini juga diberikan perhatian.

“Jika ada kemudahan (buku teks versi digital) tapi kemudahan untuk mengaksesnya tidak ada….

masalah juga.

Namun, ini satu proses dan mengambil masa sedikit.

Kerjasama antara kementerian dengan Bestari.Net diharap mampu membantu mempercepatkan pelaksanaannya ke sekolah di seluruh negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s