Pengakap Muda jalani ujian Lencana Usaha – Sinar Harian


Pengakap Muda jalani ujian Lencana Usaha
WAN MOHD RUZLAN WAN OMAR
9 Februari 2014

SERAMAI 782 ahli pengakap muda dari 52 buah sekolah menengah di seluruh Terengganu telah menyertai Kem Lencana Usaha Pengakap Muda  selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Seberang Takir.

Menurut Pengarah Akademi Pengakap Terengganu, Othman Ismail, tujuan kem diadakan bertujuan memberi peluang kepada ahli Pengakap Muda memperoleh Lencana Usaha.

“Ini adalah usaha yang menjadikan kalendar aktiviti tahunan Majlis Pengakap Terengganu dan kem ini dikelolakan menerusi Akademi Pengakap Terengganu.

“Saya amat gembira kerana pada tahun ini sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat memberangsangkan sekali,” kata Othman ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, menerusi kem seumpama ini, pengakap muda  juga akan diserapkan dengan nilai kendiri yang positif seperti sikap bekerjasama, berdikari, saling memupuk semangat kekitaan tanpa mengira kaum dan agama.

“Jadi, secara tidak langsung kegiatan kokurikulum menerusi pengakap menjadi wadah terbaik dalam membina modal insan generasi muda yang berketerampilan unggul yang sarat dengan nilai sahsiah peribadi yang mulia.

“Nilai  kecintaan kepada negara dan ketaatan kepada pemimpin juga kami terapkan agar pengakap muda menjadi warganegara yang baik dan bersedia untuk berkorban buat negara mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, Brandon Soh Rang Cheng, 15  pelajar tingkatan tiga dari SMK Chung Hwa Wei Sing Kuala Terengganu mengatakan rasa gembira kerana berkesempatan menyertai kem ini yang mana baginya amat bermanfaat untuk penyuburan nilai personaliti terpuji.

“Dalam kem ini saya dapat pengalaman baru bersama-sama pelajar lain sekali gus hal ini membina persefahaman antara kaum. Saya tidak kekok untuk bergiat bersama-sama rakan yang lain, malah bagi saya semua acara yang diadakan amat berfaedah dalam membentuk sikap yang baik dan positif,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s