Polis ambil keterangan ibu pelajar maut minum ubat – Bernama


Polis ambil keterangan ibu pelajar maut minum ubat
9 Februari 2014

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan ibu pelajar yang maut selepas meminum sebotol ubat di rumahnya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata keterangan akan diambil dalam masa terdekat sebaik sahaja upacara penyempurnaan mayat
mangsa di kampung halamannya di Seremban, selesai dilakukan.

“Keterangan ibu mangsa penting bagi membolehkan kita menyiasat kesahihan dakwaan dia (mangsa) tertekan akibat sering dibuli di sekolahnya,” kata Abdul Rashid yang dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Rashid berkata jika dakwaan itu didapati sahih pihaknya juga tidak akan teragak-agak mengambil keterangan daripada pihak lain termasuklah pengetua sekolah mangsa.

Pelajar terbabit, T.Kavinraj, 13, mati ketika menerima rawatan di sebuah klinik selepas meminum ubat yang disimpan di dalam rumahnya.

Ibunya, B. Thanamalar, 43, berkata anaknya merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah, bagaimanapun sejak mula mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Rinching Januari lepas, dia sering mengadu dibuli rakan-rakan. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s