SMKSS ungguli kejohanan merentas desa – Sinar Harian


SMKSS ungguli kejohanan merentas desa
WAN MOHD RUZLAN WAN OMAR
9 Februari 2014
  • SMKSS ungguli kejohanan merentas desaPara atlet SMKSS selepas dinobatkan selaku juara keseluruhan.
< 1 / 1 >
TEPAT seperti diramalkan sebelum bermulanya Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan (MSSDKTS) yang kontinjen SMK Sultan Sulaiman (SMKSS) bakal mendominasi sekali lagi acara sukan larian jarak jauh itu.
Pelari SMKSS hampir menguasai setiap kategori yang dipertandingkan dan mereka tampil sebagai juara dalam Kategori Lelaki bawah 16 tahun dan perempuan bawah 15 tahun.
Namun, hasrat untuk muncul juara dalam kategori lelaki 15 tahun dan perempuan bawah 18 tahun tidak kesampaian dan SMKSS sekadar di tangga kedua selaku naib johan. Pun demikian kiraan mata secara keseluruhan membolehkan SMKSS dinobatkan sebagai juara  keseluruhan kejohanan MSSDKTS buat kali kelima berturut-turut.
Pengetua sekolah berkenaan, Hashim Abd Rahman nyata begitu gembira dengan pengekalan reputasi dan prestasi para atlet sekolahnya sambil memberitahu bahawa SMKSS kini berada di landasan tepat untuk melonjakkan nama di pentas Kejohanan Balapan dan Padang MSSDKTS nanti.
“Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh atlet, para jurulatih dan pengurusan pasukan SMKSS yang terus komited dengan menerapkan visi jitu untuk mengekalkan momentum kecemerlangan sukan olahraga di sekolah ini.
“Kejayaan ini adalah kejayaan bersama seluruh warga SMKSS dan saya berharap para atlet dan jurulatih usah terlalu lama bergembira dengan nikmat kejayaan ini kerana visi besar adalah untuk mengekalkan kejuaraan Kejohanan Balan dan padang nanti, tetapi saya yakin yang atlet SMKSS mampu laksanakan visi dengan sebaiknya,” kata Hashim Abd Rahman ketika ditemui baru-baru ini.
Sementara itu, Tan Teck Siong yang bertindak sebagai Ketua Jurulatih SMKSS mengatakan kegigihan para atlet mengikuti sesi latihan adalah tonik utama kepada kejayaan.
“Saya begitu kagum dengan komitmen setiap atlet yang dipilih mewakili sekolah dan sikap ingin mengharumkan nama sekolah di arena sukan olahraga nampak begitu menebal dalam kalangan atlet SMKSS,” kata Tan Teck Siong yang gembira dengan kejayaan anak-anak buahnya dan menganggap kejayaan tersebut sebagai ‘Ang Pau’ buat diri menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s