Tingkat kemahiran guru BI – Metro


Tingkat kemahiran guru BI

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

Nilai: Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris (BI) akan lebih berkesan sekiranya ramai guru opsyen BI yang kompeten dan mempunyai tahap kefasihan tinggi dapat disediakan.

Bagi mencapai sasaran itu, pelbagai inisiatif dan penambahbaikan dilaksanakan, termasuk menyediakan program peningkatan profesionalisme yang lebih berfokus dan efektif seperti Program Peningkatan Profisiensi Guru Bahasa Inggeris (Pro-ELT).

Sejak diperkenalkan pada November 2012, Pro-ELT di landasan tepat dalam usaha memastikan peningkatan penguasaan BI guru selepas fasa pertama program berkenaan menunjukkan pencapaian membanggakan.

Pengarah Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC), Dr Ranjit Singh Gill berkata, selepas pelaksanaan Cambridge Placement Test (CPT) kepada 61,000 guru BI pada 2012, kementerian menetapkan sasaran kefasihan guru opsyen BI adalah Band C1 (pengguna mahir/cekap).
Katanya, guru BI yang memperoleh Band B1 dan B2 perlu menghadiri kursus Pro-ELT. Matlamat kerajaan ialah menjelang 2016, semua guru BI berada di Band C1

Katanya, guru BI sekolah menengah yang memperoleh Band B2 dan B1 serta guru sekolah rendah yang mencapai Band B1, perlu menghadiri kursus Pro-ELT. Matlamat kerajaan ialah menjelang 2016, semua guru BI berada di Band C1.

“Bagi memastikan tahap kefasihan BI seseorang guru, CPT digunakan sebagai tapisan pertama.

“Tapisan kedua pula ialah ujian APTIS British Council yang mengukur empat kemahiran serta pengetahuan bahasa yang dikuasai guru berkenaan. Kedua-dua ujian itu diiktiraf pada peringkat antarabangsa, iaitu berdasarkan CEFR,” katanya.

Dr Ranjit berkata, ini bagi memastikan guru yang dikenal pasti untuk mengikuti Pro-ELT ialah mereka yang memerlukan latihan bagi memantapkan kemahiran serta pengetahuan BI.

Katanya, Pro-ELT dilaksanakan mengikut beberapa fasa dengan fasa pertama dijalankan selama 44 minggu mulai November 2012 oleh 5,010 guru diikuti 9,000 lagi menghadiri kursus selama 480 jam, yang akan bermula pada Februari 2014.

Pro-ELT yang merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dipertanggungjawabkan kepada ELTC dengan kerjasama British Council sebagai penyedia latihan untuk membantu meningkatkan profisiensi guru BI seluruh negara.

Selain itu, ELTC turut bertanggungjawab menguruskan beberapa program lain, antaranya Sijil Latihan Pengajaran Bahasa Inggeris (C-PELT) yang bermula 2010 bagi mengukuhkan pengetahuan dan pedagogi guru BI bukan opsyen di sekolah rendah.

ELTC juga melaksanakan latihan jangka pendek untuk meningkatkan profisiensi dan kemahiran pedagogi guru BI sekolah rendah dan menengah. ETLC bertanggungjawab memberikan latihan kepada Ketua Panitia BI sebagai pemimpin mata pelajaran, kepada jurulatih utama BI dan pensyarah BI dari Institut Pendidikan Guru selain mempelopori potensi pendekatan latihan atas talian melalui projek rintis Online Reading Fluency Course.

Peranan ELTC tidak terbatas kepada memberi latihan kepada guru saja, sebaliknya ELTC turut menerajui usaha meningkatkan kemahiran lisan murid sekolah menengah melalui program Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-English).

Di samping itu, ELTC melaksanakan pelbagai penyelidikan bertujuan membantu meningkatkan kualiti latihan guru berdasarkan ‘informed decision’.

Bagi memastikan keberkesanan program yang dijalankan, ELTC menjalin kerjasama dengan agensi lain, termasuk Microsoft Malaysia dan Intel Malaysia, menerusi kursus integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris.

Manakala kerjasama antara ELTC dan British Council diteruskan dalam pembangunan modul latihan guru BI bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan bermula awal tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s