SURVEY – KUALITI PERKHIDMATAN 1BESTARINET (YES – OLEH YTL) DI SEKOLAH


SURVEY – KUALITI PERKHIDMATAN 1BESTARINET (YES – OLEH YTL) DI SEKOLAH 

Pihak Himpunan Berita (HB) sekadar ingin melihat maklum balas perkhidmatan kualiti 1Bestarinet oleh YTL melalui rangkaian YES di kawasan sekolah anda setelah pihak YTL telah beroperasi sejak tahun lalu.

Anda boleh memilih jawapan berkaitan dan keputusan segera akan diberitahu melalui poll ini.

Pihak YTL mungkin boleh menjadikan undian ini sebagai satu cara untuk memperbaiki mutu perkhidmatannya kelak.

Mohon anda ‘SHARE’ kepada semua guru di sekolah anda.

Terima kasih atas undian ini.

E-book ditambah baik, sasar UPSR meningkat – Bernama


E-book ditambah baik, sasar UPSR meningkat
11 Februari 2014

HULU TERENGGANU – Kandungan dalam buku elektronik (e-book) yang diagih oleh kerajaan Terengganu kepada murid tahun lima di negeri itu ditambah baik dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, antara penambahbaikan yang dibuat ialah memuatkan lebih 1,000 soalan untuk setiap subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Kalau murid menumpukan latihan berterusan terhadap lima subjek UPSR dalam e-book itu, pelajar kita mampu memperoleh (markah) 80 peratus dalam peperiksaan itu,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Selain itu, Ghazali berkata kerajaan negeri juga sudah meminta syarikat Top IT yang mengeluarkan e-book berkenaan agar turut memuatkan subjek ‘Trenglish’ bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid.

“Walaupun subjek ini untuk pelajar tingkatan dua hingga empat, kita mahu murid kita didedahkan kepada bahasa Inggeris lebih awal,” katanya.

Terdahulu Ghazali mengagihkan e-book kepada 516 murid dari 16 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ajil. – Bernama

Kementerian Pendidikan kaji semula perlaksanaan PBS – Kosmo


Kementerian Pendidikan kaji semula perlaksanaan PBS

 

11/02/2014 4:06pm

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diperkenalkan sejak 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian tersebut perlu dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah dihadapi guru dalam melaksanakan PBS.

“Bagaimanapun semua guru masih perlu menjalankan sistem penilaian tersebut secara manual namun di pihak kementerian kita akan mengkaji semula PBS berikutan aduan yang diterima.

“Sama ada PBS diteruskan atau sebaliknya akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO!

Kanak-kanak terpinggir arus pendidikan dapat akses menjelang 2020 – Bernama


Kanak-kanak terpinggir arus pendidikan dapat akses menjelang 2020

2014/02/11 – 17:38:16 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata 3.6 peratus daripada lima juta kanak-kanak di negara ini terpinggir daripada arus pendidikan antara lain disebabkan kemiskinan dan tidak mampu mengikut modul pembelajaran kelas biasa.

Idris berkata, cabaran kini adalah untuk memastikan kanak-kanak terbabit dapat bersekolah dan diberi peluang pendidikan menjelang 2020.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan kanak-kanak terbabit ke sekolah meningkat 2.1 peratus sejak tiga tahun lalu iaitu 94.3 peratus (2009), 94.7 peratus (2010) dan 96.4 peratus (2012).

“Pencapaian ini membanggakan namun masih terdapat ruang untuk dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi,” katanya selepas menerima Perpustakaan Permainan dan Studio Muzik daripada Pengerusi Yayasan Emkay Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di sini, hari ini.

Idris berkata, bagi mencapai sasaran itu, kementerian memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib sebelum ini yang mana ibu bapa wajib mendaftarkan kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dengan seorang daripada ibu bapa adalah warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Idris berkata, penubuhan SBJK juga merupakan satu daripada inisiatif bagi memberi akses kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan pada masa sama mengurangkan kadar keciciran dan memberi peluang membentuk laluan kerjaya kepada golongan itu.

“Perpustakaan permainan dan studio ini antara cara untuk menarik minat mereka ke sekolah dan diterapkan ke dalam sistem pembelajaran khusus untuk kanak-kanak jalanan yang tidak bersekolah,” katanya.
Dalam pada itu, Idris berkata kementerian memberi jaminan tidak akan timbul lagi masalah dan isu berbangkit mengenai sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) apabila ia siap ditambah baik dan dilaksana 1 April ini.

Sistem itu yang juga transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru berikutan sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Sementara itu, Mustapha Kamal berkata perpustakaan permainan itu dilaksanakan secara projek printis untuk kanak-kanak masyarakat orang Asli di Hutan Belum, Perak pada 2003 sebelum digerakkan ke seluruh negara.

“Kami dapati ia berjaya mencungkil minat kanak-kanak yang tercicir dan memupuk minat dalam asas pembelajaran seperti mengira, membaca dan menulis.

Katanya, program itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yayasan itu bagi membantu kerajaan memberi kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak tercicir termasuk di pedalaman seluruh negara.

– BERNAMA

APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM TAHUN 2013.


APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM TAHUN 2013.

12 February 2014 As-Salam dan Salam Sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa kemasukan markah kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum untuk pelajar SPM, STPM dan STAM 2013 di lanjutkan bermula 12 Februari 2014 sehingga 19 Februari 2014. Aplikasi berkenaan dipaparkan di ruangan ePerkhidmatan (Aplikasi Berkala) Diatas kerjasama yang diberikan diakhiri dengan ucapan terima kasih.

APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM TAHUN 2013.


APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM TAHUN 2013.

12 February 2014

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa kemasukan markah kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum untuk pelajar SPM, STPM dan STAM 2013 di lanjutkan bermula 12 Februari 2014 sehingga 19 Februari 2014. Aplikasi berkenaan dipaparkan di ruangan ePerkhidmatan (Aplikasi Berkala)

Diatas kerjasama yang diberikan diakhiri dengan ucapan terima kasih.