E-book ditambah baik, sasar UPSR meningkat – Bernama


E-book ditambah baik, sasar UPSR meningkat
11 Februari 2014

HULU TERENGGANU – Kandungan dalam buku elektronik (e-book) yang diagih oleh kerajaan Terengganu kepada murid tahun lima di negeri itu ditambah baik dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, antara penambahbaikan yang dibuat ialah memuatkan lebih 1,000 soalan untuk setiap subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Kalau murid menumpukan latihan berterusan terhadap lima subjek UPSR dalam e-book itu, pelajar kita mampu memperoleh (markah) 80 peratus dalam peperiksaan itu,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Selain itu, Ghazali berkata kerajaan negeri juga sudah meminta syarikat Top IT yang mengeluarkan e-book berkenaan agar turut memuatkan subjek ‘Trenglish’ bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid.

“Walaupun subjek ini untuk pelajar tingkatan dua hingga empat, kita mahu murid kita didedahkan kepada bahasa Inggeris lebih awal,” katanya.

Terdahulu Ghazali mengagihkan e-book kepada 516 murid dari 16 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ajil. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s