Kanak-kanak terpinggir arus pendidikan dapat akses menjelang 2020 – Bernama


Kanak-kanak terpinggir arus pendidikan dapat akses menjelang 2020

2014/02/11 – 17:38:16 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata 3.6 peratus daripada lima juta kanak-kanak di negara ini terpinggir daripada arus pendidikan antara lain disebabkan kemiskinan dan tidak mampu mengikut modul pembelajaran kelas biasa.

Idris berkata, cabaran kini adalah untuk memastikan kanak-kanak terbabit dapat bersekolah dan diberi peluang pendidikan menjelang 2020.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan kanak-kanak terbabit ke sekolah meningkat 2.1 peratus sejak tiga tahun lalu iaitu 94.3 peratus (2009), 94.7 peratus (2010) dan 96.4 peratus (2012).

“Pencapaian ini membanggakan namun masih terdapat ruang untuk dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi,” katanya selepas menerima Perpustakaan Permainan dan Studio Muzik daripada Pengerusi Yayasan Emkay Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di sini, hari ini.

Idris berkata, bagi mencapai sasaran itu, kementerian memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib sebelum ini yang mana ibu bapa wajib mendaftarkan kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dengan seorang daripada ibu bapa adalah warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Idris berkata, penubuhan SBJK juga merupakan satu daripada inisiatif bagi memberi akses kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan pada masa sama mengurangkan kadar keciciran dan memberi peluang membentuk laluan kerjaya kepada golongan itu.

“Perpustakaan permainan dan studio ini antara cara untuk menarik minat mereka ke sekolah dan diterapkan ke dalam sistem pembelajaran khusus untuk kanak-kanak jalanan yang tidak bersekolah,” katanya.
Dalam pada itu, Idris berkata kementerian memberi jaminan tidak akan timbul lagi masalah dan isu berbangkit mengenai sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) apabila ia siap ditambah baik dan dilaksana 1 April ini.

Sistem itu yang juga transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru berikutan sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Sementara itu, Mustapha Kamal berkata perpustakaan permainan itu dilaksanakan secara projek printis untuk kanak-kanak masyarakat orang Asli di Hutan Belum, Perak pada 2003 sebelum digerakkan ke seluruh negara.

“Kami dapati ia berjaya mencungkil minat kanak-kanak yang tercicir dan memupuk minat dalam asas pembelajaran seperti mengira, membaca dan menulis.

Katanya, program itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yayasan itu bagi membantu kerajaan memberi kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak tercicir termasuk di pedalaman seluruh negara.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s