PBS: Kenyataan Muhyiddin kelirukan rakyat – Sinar Harian


PBS: Kenyataan Muhyiddin kelirukan rakyat
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
13 Februari 2014
  • Mohd Nor Izzat Mohd JohariMohd Nor Izzat Mohd Johari
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menyifatkan kenyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kajian semula terhadap pelaksanaan sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh itu sekadar cuba meredakan desakan guru.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, sistem itu memang sedang dalam proses dibaiki sehingga April.

“Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, beliau menjangkakan PBS dikaji sehingga April sedangkan memang PBS dalam proses dibaiki sehingga April. Jadi apakah mekanisme yang mahu dikaji lagi?

“Saya rasa beliau hanya mahu meredakan desakan guru dan mahu mengalihkan perhatian masyarakat seolah-olah kementerian mengambil serius masalah PBS ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kajian secara menyeluruh akan dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sistem tersebut.

Katanya, antara masalah itu ialah berhubung sambungan sistem capaian dan penggunaan alat merekodkan prestasi pencapaian yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

“Sama ada PBS akan ditangguhkan atau diteruskan, akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang bakal diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Nor Izzat juga berpendapat, Muhyiddin cuba mengelirukan masyarakat dengan ayat dikaji semula.

“Apa guna dikaji lagi jika PBS itu sendiri dibaiki setelah dilaksanakan tiga tahun? Saya rasakan TPM cuba mengelirukan masyarakat dengan ayat ‘dikaji semula’.

“Adakah mahu membuat makmal PBS? Jika itu yang mahu dibuat, di mana ‘pilot project’ PBS? Sekali gus membuktikan sekolah perintis tidak berfungsi. Malah menjadi persoalan besar, adakah ada hasil kajian sekolah perintis bagi PBS?,” katanya.

Tambahnya, “saya tegaskan bahawa Himpunan 222 Mansuh PBS tetap diteruskan sehingga PBS mansuh dan juga menjadi satu sejarah pendidikan negara kebangkitan suara guru bersama masyarakat.”

Buku teks digital bagus tapi selesai dulu isu PBS – Sinar Harian


Buku teks digital bagus tapi selesai dulu isu PBS
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
13 Februari 2014
  • Nasrudin Hassan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan buku teks digital Jumaat lalu disambut baik namun wujud kebimbangan ekoran sikap kerajaan yang dilihat terburu-buru dalam pelaksanaan apa-apa dasar di negara ini.

AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan berpendapat, meskipun buku teks digital berpeluang meningkatkan prestasi pendidikan negara, namun beliau bimbang dengan masa depan inisiatif terbaru KPM itu.

“… tahniah kepada kerajaan dan KPM atas kejayaan melancarkan buku teks digital yang boleh diakses secara atas talian. Namun saya merasa sangat bimbang dengan nasib masa depan projek digitalisasi buku teks ini akibat sikap kerajaan yang sering ‘flip-flop’ dalam meluluskan dan melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan.

“Sikap tidak cermat dan terburu-buru kerajaan memperkenalkan dasar-dasar itu juga mengakibatkan dasar-dasar itu tidak mencapai matlamat sasarannya serta melibatkan tanggungan kos kerugian yang besar oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin mengambil contoh kepincangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“PPSMI yang diperkenalkan dan dilaksanakan, akhirnya terpaksa dimansuhkan setelah mendapat maklum balas negatif dan bantahan oleh pelbagai pihak.

“Terbaru ialah berkenaan PBS yang dikesan bermasalah pada sistem perkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS itu sendiri.

“Arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan supaya PBS dikaji semula memperlihatkan dan membuktikan sikap tidak cermat dan berhati-hati Kerajaan dalam mengurus polisi dan dasar pendidikan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar memberi tumpuan dan keutamaan bagi menyelesaikan terlebih dahulu masalah berkaitan PBS.

“Saya mendesak dan menasihatkan kerajaan agar memberi tumpuan dan keutamaan untuk menyelesaikan terlebih dahulu masalah-masalah sedia ada khususnya yang berkaitan dengan PBS.

“Para guru dan pelajar sangat terkesan dan terbeban dengan pelaksanaannya yang tidak teliti oleh kerajaan,” katanya.

Murid pulang awal asap penuhi sekolah – Metro


Murid pulang awal asap penuhi sekolah

Arau: Kira-kira 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh yang mempunyai masalah kesihatan diberi kebenaran untuk pulang awal berikutan kawasan sekolah berkenaan terdedah kepada asap tebal akibat kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Padang Siding, di sini, semalam.

Kebenaran itu diberikan pihak sekolah kepada murid yang mempunyai masalah pernafasan bagi mengelak mereka berdepan risiko berikutan kedudukan sekolah hanya kira-kira 700 meter dari tapak pelupusan sampah berkenaan.
Pengarah Pendidikan negeri Dun Kasa berkata, pihaknya memberi kebenaran kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit untuk membawa pulang anak masing-masing kerana bimbang asap berkenaan akan menjejaskan kesihatan.

 

Menurutnya, setakat ini pihaknya tidak mengarahkan mana-mana sekolah di sekitar kawasan kebakaran itu ditutup, sebaliknya memberi kelonggaran kepada murid tidak sihat.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13

Stor sekolah, kediaman kakitangan terbakar – Metro


Stor sekolah, kediaman kakitangan terbakar

Lumut: Guru dan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Dinding di sini, yang sedang melakukan aktiviti kokurikulum terkejut apabila sebuah stor dan kediaman kakitangan sekolah berkenaan tiba-tiba terbakar pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.31 pagi dan berikutan itu, 14 anggota bersama dua jentera bomba dari Sitiawan dan Seri Manjung tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota mendapati bangunan stor dan sebuah rumah di situ sudah 80 peratus terbakar.

 

“Operasi pemadaman segera dilakukan sebelum api berjaya dikawal pada 8.47 pagi. Bagaimanapun, bangunan stor dan rumah berkenaan yang diperbuat daripada kayu musnah keseluruhannya,” katanya di sini, semalam.
Ismail berkata, siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada stor yang digunakan untuk menyimpan barang yang mahu dilupuskan sebelum merebak ke rumah kakitangan bersebelahan.
Katanya, ketika kejadian, pelajar sekolah sedang mengikuti aktiviti kokurikulum sebelum diarahkan ke kawasan padang sekolah bagi tujuan keselamatan.

 

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13

2 sekolah rendah di Perlis diberi cuti berganti – Berita Harian


2 sekolah rendah di Perlis diberi cuti berganti

2014/02/13 – 09:32:04 AMCetakEmel Kawan
gambar sebelum  gambar berikut

FotocapPENGAWAL keselamatan menutup pintu pagar Sekolah Kebangsaan Pauh, hari ini selepas diarahkan tutup selama sehari berikutan ancaman asap akibat kebakaran di tapak pelupusan sampah Padang Siding, dekat sini, sejak Selasa lalu. – Foto Amran Hamid

ARAU: Dua sekolah rendah di Perlis diberi cuti berganti hari ini selepas dikhuatiri terdedah risiko berikutan ancaman asap akibat kebakaran di tapak pelupusan sampah Padang Siding, dekat sini, sejak Selasa lalu.

Pengarah Pendidikan negeri, Dun Kasa, berkata sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min yang masing-masing berada hampir tempat tapak pelupusan sampah itu.

40 pelajar asrama di Kangar alami keracunan makanan – Berita Harian


40 pelajar asrama di Kangar alami keracunan makanan

2014/02/13 – 13:42:20 PMCetakEmel Kawan
40 pelajar asrama di Kangar alami keracunan makananSEBAHAGIAN daripada 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kangar, hari ini berikutan keracunan makanan. – Foto Eizairi Shamsudin

KANGAR: Lebih 40 pelajar di asrama lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini mengalami keracunan makanan selepas bersarapan di dewan makan asrama mereka, pagi tadi.

Pengarah Pendidikan negeri, Dun Kasa ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan katanya, setakat ini tujuh daripada pelajar berkenaan ditahan di wad Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala yang lain menerima rawatan di Klinik Kesihatan, di sini.

Banjir: 28 sekolah ditutup di Keningau – Berita Harian


Banjir: 28 sekolah ditutup di Keningau

2014/02/13 – 13:36:38 PMCetakEmel Kawan
gambar sebelum  gambar berikut

FotoPENDUDUK Kampung Ansip menggunakan bot persendirian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap akibat banjir di Keningau, hari ini. – Foto Willie Jude Junaidi

KOTA KINABALU: Sebanyak 28 sekolah termasuk sebuah sekolah menengah di daerah Keningau, Beaufort, Tenom, Nabawan dan Sandakan, diitutup kerana terjejas akibat banjir, hari ini.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata ia membabitkan seramai 5,493 murid dan 652 guru.

30 sekolah di Sabah ditutup akibat banjir – Bernama


30 sekolah di Sabah ditutup akibat banjir

2014/02/13 – 18:32:11 PMCetakEmel Kawan
KOTA KINABALU: Sebanyak 30 sekolah di lima buah daerah di Sabah ditutup hari ini akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak petang semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jamie Alip, berkata sekolah-sekolah yang terbabit ialah sembilan di daerah Beaufort, Keningau (12), enam di Tenom, dua di Nabawan dan satu di Sandakan.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, 30 buah sekolah itu telah diarah tutup,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, bilangan pelajar dan guru yang terjejas akibat penutupan sekolah berkenaan tidak dimaklumkan.

Beliau turut meminta semua Pejabat Pendidikan Daerah supaya melaporkan sebarang kerosakan di sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir serta mahu pihak sekolah mengutamakan keselamatan pelajar.

– BERNAMA

BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2014 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT 2014) LATIHAN PERGURUAN – JPA


BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2014 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT 2014) LATIHAN PERGURUAN

E-mailCetakPDF

13 FEBRUARI 2014

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2014 bagi Latihan Perguruan  dibuka mulai 12 Februari 2014 sehingga 11 Mac 2014.

Tarikh Tutup 11 Mac 2014
Tempat Jepun
Tempoh 1 ½ Tahun (Bermula dari Oktober 2014)
Rujukan
Kategori Warganegara Malaysia
Kursus yang ditawarkan Latihan Perguruan (Sijil)
Syarat-syarat

Permohonan

(a)      Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014;

(b)      Merupakan siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Maktab Perguruan dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar;dan

(c)      Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.

**Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan , perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT).

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan , perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

(a) Berkhidmat secara tetap;

(b) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;

(c) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);

(d) Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014;

(e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;

(f) Telah mengisytiharkan harta;

(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2010, 2011 & 2012 atau 2011, 2012 & 2013);

(h) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

(i) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;

(j) Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);

Dokumen Permohonan
  1. Application Form
  2. Application Form (Annex)
  3. Health Certificate
  4. Guidelines
  5. Checklist

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan , anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :

  1. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2003]
  2. Borang JPA(L)LDP 1A/96

*Borang JPA(L)LDP 1A/96 ini perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing.

*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11”

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

 

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : CIK WAN IZNI BINTI WAN HAMDI)

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan , permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini.

**Manakala bagi kakitangan Kerajaan dibawah Skim Perkhidmatan Pendidikan, permohonan hendaklah melalui Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Sila rujuk laman webKementerian Pendidikan Malaysia atau hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM ditalian 03-8321 7000 untuk keterangan lanjut.

Pegawai Bertanggungjawab Cik Wan Izni Binti Wan Hamdi

Tel : 03-8885 3420

Fax : 03-8889 2171

E-mel : izni.hamdi.jpa@1govuc.gov.my

 

Puan Nazrina Binti Abdul Malik

Tel : 03-8885 3438

Fax : 03-8889 2171

E-mel : nazrina.malik.jpa@1govuc.gov.my