Buku teks digital bagus tapi selesai dulu isu PBS – Sinar Harian


Buku teks digital bagus tapi selesai dulu isu PBS
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
13 Februari 2014
  • Nasrudin Hassan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan buku teks digital Jumaat lalu disambut baik namun wujud kebimbangan ekoran sikap kerajaan yang dilihat terburu-buru dalam pelaksanaan apa-apa dasar di negara ini.

AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan berpendapat, meskipun buku teks digital berpeluang meningkatkan prestasi pendidikan negara, namun beliau bimbang dengan masa depan inisiatif terbaru KPM itu.

“… tahniah kepada kerajaan dan KPM atas kejayaan melancarkan buku teks digital yang boleh diakses secara atas talian. Namun saya merasa sangat bimbang dengan nasib masa depan projek digitalisasi buku teks ini akibat sikap kerajaan yang sering ‘flip-flop’ dalam meluluskan dan melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan.

“Sikap tidak cermat dan terburu-buru kerajaan memperkenalkan dasar-dasar itu juga mengakibatkan dasar-dasar itu tidak mencapai matlamat sasarannya serta melibatkan tanggungan kos kerugian yang besar oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin mengambil contoh kepincangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“PPSMI yang diperkenalkan dan dilaksanakan, akhirnya terpaksa dimansuhkan setelah mendapat maklum balas negatif dan bantahan oleh pelbagai pihak.

“Terbaru ialah berkenaan PBS yang dikesan bermasalah pada sistem perkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS itu sendiri.

“Arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan supaya PBS dikaji semula memperlihatkan dan membuktikan sikap tidak cermat dan berhati-hati Kerajaan dalam mengurus polisi dan dasar pendidikan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar memberi tumpuan dan keutamaan bagi menyelesaikan terlebih dahulu masalah berkaitan PBS.

“Saya mendesak dan menasihatkan kerajaan agar memberi tumpuan dan keutamaan untuk menyelesaikan terlebih dahulu masalah-masalah sedia ada khususnya yang berkaitan dengan PBS.

“Para guru dan pelajar sangat terkesan dan terbeban dengan pelaksanaannya yang tidak teliti oleh kerajaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s