PBS: Kenyataan Muhyiddin kelirukan rakyat – Sinar Harian


PBS: Kenyataan Muhyiddin kelirukan rakyat
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
13 Februari 2014
  • Mohd Nor Izzat Mohd JohariMohd Nor Izzat Mohd Johari
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menyifatkan kenyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kajian semula terhadap pelaksanaan sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh itu sekadar cuba meredakan desakan guru.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, sistem itu memang sedang dalam proses dibaiki sehingga April.

“Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, beliau menjangkakan PBS dikaji sehingga April sedangkan memang PBS dalam proses dibaiki sehingga April. Jadi apakah mekanisme yang mahu dikaji lagi?

“Saya rasa beliau hanya mahu meredakan desakan guru dan mahu mengalihkan perhatian masyarakat seolah-olah kementerian mengambil serius masalah PBS ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kajian secara menyeluruh akan dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sistem tersebut.

Katanya, antara masalah itu ialah berhubung sambungan sistem capaian dan penggunaan alat merekodkan prestasi pencapaian yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

“Sama ada PBS akan ditangguhkan atau diteruskan, akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang bakal diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Nor Izzat juga berpendapat, Muhyiddin cuba mengelirukan masyarakat dengan ayat dikaji semula.

“Apa guna dikaji lagi jika PBS itu sendiri dibaiki setelah dilaksanakan tiga tahun? Saya rasakan TPM cuba mengelirukan masyarakat dengan ayat ‘dikaji semula’.

“Adakah mahu membuat makmal PBS? Jika itu yang mahu dibuat, di mana ‘pilot project’ PBS? Sekali gus membuktikan sekolah perintis tidak berfungsi. Malah menjadi persoalan besar, adakah ada hasil kajian sekolah perintis bagi PBS?,” katanya.

Tambahnya, “saya tegaskan bahawa Himpunan 222 Mansuh PBS tetap diteruskan sehingga PBS mansuh dan juga menjadi satu sejarah pendidikan negara kebangkitan suara guru bersama masyarakat.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s