Stor sekolah, kediaman kakitangan terbakar – Metro


Stor sekolah, kediaman kakitangan terbakar

Lumut: Guru dan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Dinding di sini, yang sedang melakukan aktiviti kokurikulum terkejut apabila sebuah stor dan kediaman kakitangan sekolah berkenaan tiba-tiba terbakar pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.31 pagi dan berikutan itu, 14 anggota bersama dua jentera bomba dari Sitiawan dan Seri Manjung tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota mendapati bangunan stor dan sebuah rumah di situ sudah 80 peratus terbakar.

 

“Operasi pemadaman segera dilakukan sebelum api berjaya dikawal pada 8.47 pagi. Bagaimanapun, bangunan stor dan rumah berkenaan yang diperbuat daripada kayu musnah keseluruhannya,” katanya di sini, semalam.
Ismail berkata, siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada stor yang digunakan untuk menyimpan barang yang mahu dilupuskan sebelum merebak ke rumah kakitangan bersebelahan.
Katanya, ketika kejadian, pelajar sekolah sedang mengikuti aktiviti kokurikulum sebelum diarahkan ke kawasan padang sekolah bagi tujuan keselamatan.

 

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s