Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014 – NUTP


Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014

Untuk Makluman Semua Ahli KPPK,

1. Kursus ini tidak wajib sesiapa yang berminat boleh memohon

2. Tujuan kursus ini untuk meningkatkan Ilmu dan Kepakaran

3. Kemungkinan besar akan dilaksanakan secara online

Sekian, harap maklum

 

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date:
21/02/2014

SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN EMPAT AMBILAN KEDUA


SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN EMPAT AMBILAN KEDUA

21 February 2014

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Empat Ambilan Kedua Tahun 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (menu Aplikasi Berkala)  bermula 24 Februari 2014 (Isnin).

Harap maklum.

Guru tak perlu teruskan PBS sehingga diberitahu – Bernama


Guru tak perlu teruskan PBS sehingga diberitahu
23 Februari 2014
  • SPPBSSPPBS
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

“KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

“War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa,” katanya.

KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.

Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Februari lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

“Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya,” katanya. – Bernama