ANUGERAH IKON GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014


ANUGERAH IKON GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014

24 February 2014
Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014. Anugerah ini merupakan kali kedua diadakan dan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan (guru/pensyarah/pegawai) atas sumbangan dan jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada pegawai/pensyarah/guru yang berminat untuk menyertai Pencalonan Anugerah Ikon Guru tersebut. Syarat-syarat serta borang penyertaan adalah seperti Lampiran yang disertakan di bawah. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nor Hapipah bt. Hj. Md. Shah di talian 03-88721650 / 010-2255676.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Muat Turun
Lampiran Ikon Guru