TINDAKAN KPPK ATAS ISU SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH – NUTP


TINDAKAN KPPK ATAS ISU SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

TINDAKAN KPPK ATAS ISU SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

___________________________________________________________________________

 

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah diperkenalkan sejak tahun 2011. Pada mulanya guru-guru sangat gembira dan menyokong Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.  Objektif utama Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah untuk beralih daripada sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada pembelajaran holistik. Guru mula mengalami bebanan dan tekanan oleh Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah kerana masalah E-sistem dan tugas pengkeranian di kalangan guru.  Guru menghadapi kesusahan, tekanan dan ketidakpuasan hati. KPPK telah mengumpulkan maklumat mengenai rintihan guru-guru dan menyerahkan memorandum mengenai Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan dengan masalah serius yang dihadapi oleh guru-guru dalam memasukkan data ke dalam E-Sistem.

25 pemimpin KPPK telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melebihi 20 kali sejak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan sehingga kini.  KPPK telah membuat kenyataan akhbar yang berkaitan dengan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.    Dalam kenyataan akhbar pada 8 November 2013 KPPK telah menyatakan bahawa KPPK menolak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Hasil daripada desakan tersebut, KPPK telah dimaklumkan secara rasmi bahawa Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ditangguhkan sehingga 1 April 2014. KPPK masih menunggu dan jika Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah gagal dinaik taraf, KPPK akan mendesak Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dimansuhkan.

Sekian, harap maklum.

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date:
25/02/2014

Surat Pekeliling Penangguhan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) – NUTP


Surat Pekeliling Penangguhan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Semua Ahli KPPK,

Surat Pekeliling Penangguhan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang bertarikh 20 Disember 2013 adalah hasil bantahan NUTP pada 8 Nov 2013.

Sila rujuk pada lampiran.

Sekian, harap maklum

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

 

Document:
Tarikh Berita/News Date:
25/02/2014