ANUGERAH TOKOH SISWA 2013

ANUGERAH TOKOH SISWA 2013

27 February 2014

Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah yang memberi galakan kepada para pelajar di IPT untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik yang dapat memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran diri dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Melalui anugerah seumpama ini, IPT akan mempunyai platform untuk bersaing secara sihat dalam melahirkan modal insan negara yang holistik dan kompeten ke arah mencapai negara maju.

Anugerah Tokoh Siswa ini akan berlangsung pada 1 Mac 2014 bertempat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

27 February 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calonWARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:

i.    Pengarah Gred 48 (Terbuka), Education Malaysia

a.    Dubai
b.    Ho Chi Minh City

ii.    Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia

a.    Australia

iii.    Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41 (Terbuka), Education Malaysia

a.    Dubai
b.    Beijing
c.    Ho Chi Minh

3.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:

i)    Cik Nurul Hidayah Binti Ahmad Zamzuri
Penolong Setiausaha
03-8870 5211
hidayah.zamzuri@moe.gov.my

ii)    Puan Mardiana Binti Zulkifli
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
03-8870 5241
mardiana.zulkifli@moe.gov.my

4.    Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2014 (Jumaat). Segala kerjasama dan perhatian YBhg./Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Muat Turun
Iklan (PDF)
Borang Permohonan
Lampiran A: Borang Ringkasan Peribadi

ISU NOTIS PANGGILAN TEMUDUGA SESI KEMASUKAN AWAL , PROGRAM SIJIL, ASASI, DIPLOMA SERTA IJAZAH YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGURUSAN SISWAZAH

PROSES SOKONGAN DAN PENGESAHAN SECARA DALAM TALIAN OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI PERMOHONAN KURSUS PEMBANGUNGAN KOMPETENSI TAHUN 2014

PROSES SOKONGAN DAN PENGESAHAN SECARA DALAM TALIAN OLEH PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI PERMOHONAN KURSUS PEMBANGUNGAN KOMPETENSI TAHUN 2014

01 March 2014
Sukacita dimaklumkan, proses sokongan bagi permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru bagi tahun 2014 boleh dilaksanakan bermula 1 Mac 2014 sehingga 8 Mac 2014. Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgAdmin untuk proses sokongan secara dalam talian. Bagi ID Pengguna dan kata laluan, sila rujuk kepada pegawai latihan di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.