MAJLIS KOMENSMEN NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL LEADERS (NPQEL) 2014 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI


MAJLIS KOMENSMEN NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL LEADERS (NPQEL) 2014 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI

28 April 2014

MAJLIS KOMENSMEN NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL LEADERS (NPQEL) 2014 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Sukacita dimaklumkan, Institut Aminuddin Baki (IAB) akan mengadakan Majlis Komensmen  NPQEL 2014mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh :      2 hingga 3 Mei 2014

Masa :       8.00 pagi – 5.30 petang

Tempat :    Klana Resort, Seremban

Perasmi :   YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh

                   (Menteri Pendidikan II)

KONVOKESYEN KALI KE-4, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KONVOKESYEN KALI KE-4, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

28 April 2014

Majlis Konvokesyen PISMP Kali Ke-4 akan diadakan pada 9 hingga 14 Jun 2014 bagi menganugerahkan Ijazah Perguruan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Turut dianugerahkan ialah Ijazah Perguruan bagi Program Pengajian Berkembar Luar Negara iaitu B. Ed. (Hons) Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL).

Majlis Konvokesyen PISMP Kali Ke-4 buat julung kalinya akan diadakan di Dewan Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada semua graduan. Sila lawat Portal Konvokesyen IPGM Tahun 2014 untuk maklumat lanjut dan urusan graduasi.

PENAWARAN BAGI PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)


PENAWARAN BAGI PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)

25 April 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program skim Hadiah Latihan Persekutuan Sepenuh Masa (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBTB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di peringkat sarjana dan kedoktoran telah dibuka untuk permohonan mulai 25 April (Jumaat)hingga 24 Mei 2014 (Sabtu). Kepada warga Kementerian yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian di portal rasmi KPM atau sila klik di pautan ini

HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM 2014


HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM 2014

24 April 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 seperti berikut:

            Tarikh                : 1 Mei 2014 (Khamis)

Masa                 : 10.30 pagi

Tempat              : Dewan Wawasan, Jitra, Kedah

Perasmi            : Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

                            Perdana Menteri Malaysia

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2014


URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2014

16 April 2014

Surat Siaran dan Borang Permohonan bagi urusan pemangkuan ini boleh dimuat turun di halaman ini. Maklumat adalah seperti lampiran di bawah:

 

Muat Turun
SURAT SIARAN URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2014
BORANG PERMOHONAN PENSYARAH CEMERLANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU TAHUN 2014
BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG IAB/ KOLEJ MATRIKULASI/ ELTC DAN KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2014

PERLANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN KERJA-KERJA BANCIAN KE ATAS SEKOLAH-SEKOLAH: KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PENGURUSAN FASILITI SEKOLAH (2013-2025) UNTUK KPM


PERLANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN KERJA-KERJA BANCIAN KE ATAS SEKOLAH-SEKOLAH: KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PENGURUSAN FASILITI SEKOLAH (2013-2025) UNTUK KPM

15 April 2014

Kajian Pelan Induk Perancangan Pembangunan Fizikal dan Pengurusan Fasiliti Sekolah (2013-2025) untuk Kementerian Pendidikan Malaysia

Surat Perlanjutan Tempoh pelaksanaan Kerja-Kerja Bancian ke atas Sekolah-Sekolah di seluruh Malaysia

Muat turun surat berkenaan di bawah.

 

Muat Turun
Surat Perlanjutan Tempoh pelaksanaan Kerja-Kerja Bancian ke atas Sekolah-Sekolah di seluruh Malaysia

Hari Deepavali bagi tahun 2014 telah dipinda ke 22 Oktober 2014


Hari Deepavali bagi tahun 2014 telah dipinda ke 22 Oktober 2014

 

* Pengumuman: Hari Deepavali bagi tahun 2014 telah dipinda ke 22_Oktober_2014_(Rabu) oleh Sri Maha Mariamman Temple Devasthanam. Pindaan tersebut adalah melalui Pemberitahuan Warta No.43367 bertarikh 6 Disember 2013.[Pemberitahuan Warta No.43367] 

Warta Hari Kelepasan Am Deepavali Tahun 2014 (pindaan)[Pemberitahuan Warta No. 43367]terkini

 

Sumber : http://www.kabinet.gov.my/index.php/en/hari-kelepasan-am.html

URUSAN PEMANGKUAN BIDANG UMUM/TEKNIKAL/PENDIDIKAN ISLAM GRED DG41 KE GRED DG44 TAHUN 2014


URUSAN PEMANGKUAN BIDANG UMUM/TEKNIKAL/PENDIDIKAN ISLAM GRED DG41 KE GRED DG44 TAHUN 2014

17 February 2014

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

2.         Sukacita diumumkan Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Ke Gred DG44 (Bidang Umum, Bidang Teknikal Dan Bidang Pendidikan Islam) Tahun  2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia

3.         Maklumat lanjut adalah seperti lampiran.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

 

Muat Turun
URUSAN PEMANGKUAN BIDANG UMUM/TEKNIKAL/PENDIDIKAN ISLAM GRED DG41 KE GRED DG44 TAHUN 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 29 – 44 (JAWATAN TERBUKA) SECARA PERTUKARAN SEMENTARA DI SEKOLAH SENI MALAYSIA UNTUK TAHUN 2014


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 29 – 44 (JAWATAN TERBUKA) SECARA PERTUKARAN SEMENTARA DI SEKOLAH SENI MALAYSIA UNTUK TAHUN 2014

14 April 2014

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan, berpotensi dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29 – 44 (Jawatan Terbuka)Secara Pertukaran Sementara di Sekolah Seni Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila klik lampiran dibawah.

Sekian terima kasih

 

Muat Turun
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SEKOLAH SENI MALAYSIA