TAWARAN BAHARU KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN


TAWARAN BAHARU KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

14 April 2014

Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keberkesanan sekolah. Pengenalan Tawaran Baharu merupakan pengiktirafan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah. Penilaian terhadap pencapaian pemimpin sekolah dibuat berasaskan  kombinasi pencapaian akademik, kokurikulum, dan elemen-elemen lain yang memberi impak dalam kemenjadian murid. Pengukuran pencapaian Pengetua dan Guru Besar dibuat berasaskan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang merangkumi aspek Hala Tuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Program Pendidikan dan Kemenjadian Murid. Dalam konteks inilah, Tawaran Baharu dilihat sebagai usaha yang selari dengan sistem pendidikan yang berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara.

Tawaran Baharu diberikan kepada semua Pengetua dan Guru Besar  di sekolah  kerajaan dan bantuan kerajaan.  Penilaian akan dibuat ke atas Pengetua dan Guru Besar yang telah berada di sesebuah sekolah yang dinilai sekurang-kurangnya enam bulan dan sekolah berkenaan mempunyai keputusan peperiksaan awam untuk tahun penilaian yang ditetapkan.

Dalam melaksanakan Tawaran Baharu ini, langkah pertama adalah dengan menyenaraikan  kedudukan  sekolah berdasarkan kombinasi pencapaian sekolah dalam Gred Purata Sekolah dan skor  Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai Skor Komposit Sekolah.

Pengetua dan Guru Besar yang melepasi  sasaran [Exceed Target (ET)] yang ditetapkan akan dikenal pasti oleh JNJK untuk dilaksanakan verifikasi. Selepas disahkan bahawa Pengetua dan Guru Besar mencapai ET dalam proses verifikasi dan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka mereka  boleh dipertimbangkan untuk pemberian Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB).

Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran iaitu mencapai ET, layak diperakukan untuk diberikan ganjaran BITB sekiranya mematuhi syarat-syarat  berikut:

  • Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 90.00 peratus (pada tahun penilaian);
  • Menerima Sijil Audit Tanpa Teguran (pada tahun penilaian);
  • Bebas daripada tindakan tata tertib;
  • Melepasi sasaran KPI-SBT (sekolah berlabel SBT);
  • Mematuhi Surat Siaran KPPM Bilangan 5 Tahun 1998; dan
  • Melepasi sasaran pencapaian Literasi dan Numerasi (LINUS) yang ditetapkan.

Bagi sekolah-sekolah yang Pengetua dan Guru Besarnya mencapai ET,  ganjaran BITB  turut akan diberikan kepada guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana yang mencapai LNPT tertinggi di sekolah berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s