PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

14 May 2014

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

“GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”

Sila muat turun perutusan di bawah.

 

Muat Turun
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 OLEH KPPM

5,000 guru dinaikkan pangkat ke Gred DG42 – Sinar Harian


5,000 guru dinaikkan pangkat ke Gred DG42

  • 5,000 guru dinaikkan pangkat ke Gred DG42Muhyiddin ceria bersama penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Tengku Azuan Tengku Mohamed (kiri) serta penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Kebangsaan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom semasa majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-43 di PWTC, semalam.
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,000 guru melibatkan Gred DG29, DG32, DG34, dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke Gred DG42 pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha itu bagi memartabatkan profesion perguruan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) yang meletakkan sasaran 60 peratus guru siswazah sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah sekolah menengah pada 2015.

“Pada tahun ini, seramai 6,286 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) dijangka bergraduasi, manakala 27,105 orang PPP dijangka bergraduasi pada tahun 2015.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menyokong guru-guru untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi. Berdasarkan rekod pada 2014 sahaja, seramai 250 guru menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan 150 guru ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru kali ke-43 bertemakan “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” di sini, semalam.
sempena sambutan Hari Guru tersebut, Muhyiddin turut dikejutkan dengan kehadiran guru matematiknya, Yusof Karto, 80, yang didatangkan khas pada majlis tersebut.

Kemeriahan sambutan majlis tersebut diserikan dengan pengumuman Tokoh Kepimpinan Kebangsaan yang dianugerahkan kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran pada 2007 hingga 2010, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan tokoh Guru Kebangsaan dianugerahkan kepada Tengku Azuan Tengku Mohamed.

Mengulas lanjut, katanya, penambahbaikan kenaikan pangkat  secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan di bawah KPM bertujuan untuk menikmati kenaikan pangkat merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada warga pendidik.

“Sehingga Jun 2014, dijangkakan seramai 195 guru dinaikkan ke gred DG54, manakala 643 orang gred DG52, 803 orang ke gred DG48 dan 8,954 orang ke gred DG44.

“Bagi guru bukan siswazah pula, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DG44. Bagi guru bukan siswazah, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 11,314 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 4,091 orang ke gred DGA32,” katanya.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KAUNSELOR DI KPM 2014


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KAUNSELOR DI KPM 2014

02 May 2014

SALAM SEJAHTERA.

KEPADA WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YANG SEDANG BERKHIDMAT ADALAH DIMAKLUMKAN TERDAPAT KEKOSONGAN JAWATAN KAUNSELOR/PEGAWAI KAUNSELING GRED 44, 41 (TERBUKA) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

SILA MUAT TURUN LAMPIRAN DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 23 MEI 2014.

SEKIAN TERIMA KASIH.

 

Muat Turun
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KAUNSELOR DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014
SURAT IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KAUNSELOR/PEGAWAI KAUNSELING GRED 44, 41 (TERBUKA) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014


MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

07 May 2014

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 akan diadakan sepertimana butiran berikut:

    Tarikh      :     8 Mei 2014
Masa        :     6.30 petang
Tempat    :     Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir.

Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia 

Q&A: Apakah itu GST? – Astroawani


Q&A: Apakah itu GST?

KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Katanya, GST merupakan satu “sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.”

Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST,Soal Jawabberikut mungkin boleh membantu:

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:

  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
  • Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
  • Jual beli dan sewa rumah kediaman
  • Perkhidmatan kewangan terpilih

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?

  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST RM100 juta
  • Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah” telus, berkesan dan sistem cukai yang adil”

Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO.

Bajet 2014

%d bloggers like this: