HEBAHAN: GANGGUAN KEPADA APLIKASI HRMIS DI KPM


HEBAHAN: GANGGUAN KEPADA APLIKASI HRMIS DI KPM

23 June 2014

YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

GANGGUAN KEPADA APLIKASI HRMIS DI KPM:

PENGGABUNGAN STRUKTUR PERJAWATAN SEKTOR PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI, KPM DI DALAM APLIKASI HRMIS

 

Dengan hormatnya saya di arah untuk merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam akan melaksanakan penggabungan struktur perjawatan di dalam aplikasi HRMIS di antara Sektor Pelajaran dan Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada  1 Julai 2014 sehingga 13 Julai 2014. Dalam tempoh tersebut YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan masih memperolehi akses kepada aplikasi HRMIS. Walau bagaimanapun bagi mengelakkan sebarang masalah dalam tempoh tersebut, YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menyelesaikan semua aktiviti HRMIS sepertipermohonan cuti (1 Julai 2014 – 13 Julai 2014) melalui HRMIS, mengemaskini Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan lain-lain sebelum 1 Julai 2014.

3.         Sebarang masalah dan pertanyaan berikutan PENGGABUNGAN STRUKTUR SEKTOR PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI, KPM DI DALAM APLIKASI HRMIS pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi meja bantuan HRMIS KPM di talian 03-8884 7836 atau emel kepada:hrmis@moe.gov.my.

4.         Perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

Urus setia HRMIS KPM

MAKLUMAN MUAT TURUN BAHAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH DAN GEOGRAFI


MAKLUMAN MUAT TURUN BAHAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH DAN GEOGRAFI

23 June 2014

Dimaklumkan bahawa Portal Lembaga Peperiksaan (LP) tidak dapat diakses oleh pengguna buat sementara waktu.

Sehubungan dengan itu, bahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah (21) dan Geografi (23) boleh dimuat turun melalui pautan di bawah mulai 23 Jun 2014 – 19 Julai 2014.

 

 

Muat Turun
23 – Geografi (Arahan Guru)
23 – Geografi (Arahan Murid)
21 – Sejarah (Arahan Guru)
21 – Sejarah (Arahan Murid)