HEBAHAN: GANGGUAN KEPADA APLIKASI HRMIS DI KPM


HEBAHAN: GANGGUAN KEPADA APLIKASI HRMIS DI KPM

23 June 2014

YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

GANGGUAN KEPADA APLIKASI HRMIS DI KPM:

PENGGABUNGAN STRUKTUR PERJAWATAN SEKTOR PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI, KPM DI DALAM APLIKASI HRMIS

 

Dengan hormatnya saya di arah untuk merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam akan melaksanakan penggabungan struktur perjawatan di dalam aplikasi HRMIS di antara Sektor Pelajaran dan Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada  1 Julai 2014 sehingga 13 Julai 2014. Dalam tempoh tersebut YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan masih memperolehi akses kepada aplikasi HRMIS. Walau bagaimanapun bagi mengelakkan sebarang masalah dalam tempoh tersebut, YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menyelesaikan semua aktiviti HRMIS sepertipermohonan cuti (1 Julai 2014 – 13 Julai 2014) melalui HRMIS, mengemaskini Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan lain-lain sebelum 1 Julai 2014.

3.         Sebarang masalah dan pertanyaan berikutan PENGGABUNGAN STRUKTUR SEKTOR PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI, KPM DI DALAM APLIKASI HRMIS pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi meja bantuan HRMIS KPM di talian 03-8884 7836 atau emel kepada:hrmis@moe.gov.my.

4.         Perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

Urus setia HRMIS KPM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s