ORKESTRA SEKOLAH SERI PUTERI (SPWINDS) CATAT KEJAYAAN DI INTERNATIONAL YOUTH MUSIC FESTIVAL (IYMF)


ORKESTRA SEKOLAH SERI PUTERI (SPWINDS) CATAT KEJAYAAN DI INTERNATIONAL YOUTH MUSIC FESTIVAL (IYMF)

14 July 2014

 

1. Pasukan Orkestra Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya adalah satu-satunya pasukan dari Malaysia yang diberikan tempat untuk bertanding di IYMF Vienna pada tahun 2014 ini. Kejayaan untuk terpilih ke Vienna ini adalah hasil pencapaian luar biasa pasukan yang sama di Australian International Music Festival (AIMF) tahun 2013 yang lalu.

2. Pertandingan IYMF di Vienna turut disertai 65 orkestra hebat dari seluruh dunia. Walaupun baru di pentas antarabangsa, orkestra Sekolah Seri Puteri (SP Winds) telah berjaya memberikan persembahan yang amat cemerlang sekaligus diakui sebagai antara orkestra yang perlu diberikan perhatian di peringkat antarabangsa.

3. SP Winds telahpun mencatatkan kejayaan yang berikut di IYMF, Vienna 2014 ( 4 Julai hingga 9 julai 2014) :

a) Pemenang Tempat Kedua kategori ‘Symphonic Bands’ dengan markah “Cemerlang” (Excellent)
b) Turut memenangi ‘Anugerah Khas’ – Jeunesse Austria (Encouragement Award) untuk persembahan yang cemerlang sepanjang IYMF 2014 ini

4. Tempat pertama kategori ‘Symphonic Bands’ dimenangi oleh Westlake Concert Band (New Zealand) dan tempat ketiga dimenangi Homestead  School Symphonic Wind Ensemble (Amerika Syarikat).

5. Dengan kejayaan tersebut juga, SP Winds turut diberikan ruang untuk membuat dua persembahan khas sepanjang di Vienna. Dua persembahan tersebut adalah di hadapan para diplomat dan kakitangan kedutaan pelbagai negara; yang turut dihoskan oleh YBhg. Dato’ Selwyn Vijayarajan Das, Duta Malaysia ke Austria. Persembahan tersebut diadakan di perkarangan kompleks United Nations Office at Vienna (UNOV). SP Winds turut dijemput untuk mengadakan persembahan khas di Makan Malam Gala sebagai tanda penutupan rasmi IYMF 2014 tersebut.

6. Secara keseluruhan, ini adalah satu sejarah kepada pencapaian orkestra peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Malaysia di pentas antarabangsa. Mendapat pengiktirafan sebagai antara orkestra terbaik dari Asia yang mampu bersaing dengan orkestra dari Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara lain adalah satu pencapaian yang sangat bermakna.

7. Sekolah Seri Puteri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penglibatan kami di IYMF 2014 ini. Ucapan khas terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia; YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Pendidikan; YABhg Puan Sri Datin Hajah Noorainee Abdul Rahman, Penaung SPWinds; pihak penaja, ibubapa dan pihak media yang memberikan sokongan berterusan kepada kami selama ini.

8. Dengan sokongan semua pihak, Orkestra SPWinds dan Sekolah Seri Puteri akan terus komited melahirkan kalangan anak Malaysia yang berani untuk bersaing di pentas dunia dalam segenap bidang. Amat mengharapkan pihak swasta dapat terus membantu usaha yang dapat menaikkan nama negara seperti ini di masa-masa akan datang.

9. Kejayaan Orkestra Sekolah Seri Puteri (SPWinds) ini adalah juga satu kejayaan kepada negara – khususnya niat transformasi yang seringkali diucapkan oleh pemimpin.

 

Persembahan pembukaan di Vienna Opera House

 

Hari pertandingan

 

Makan malam di Kediaman Duta Malaysia ke Austria Dato’ Selwyn Das

 

 

SP Winds dijemput membuat persembahan di United Nation 001

 

Gala Night

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s