Maybank taja 20,000 tiket percuma kepada lebih 100 sekolah
KUALA LUMPUR 15 Julai – Lebih 100 sekolah di sekitar Lembah Klang dan Selangor akan menerima 20,000 tiket percuma daripada kumpulan Maybank bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Chelsea dan Harimau Muda pada 21 Julai ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat berkata, tajaan tiket itu bertujuan menggalakkan pelajar sekolah terlibat dalam sukan.
Majlis penyerahan tiket itu diadakan di Menara Maybank dan dihadiri 20 wakil pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dan Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2.
Selain menerima tiket menyaksikan perlawanan itu, mereka turut menerima pas khas sesi latihan pasukan yang juga dikenali sebagai ”The Blues” itu. – Bernama