19 sekolah daif dibaiki – Utusan


19 sekolah daif dibaiki

KOTA KINABALU 9 Mac- Sebanyak lapan buah sekolah menjalani proses pembaikan struktur bangunan di bawah pendekatan perolehan secara darurat tahun lalu bagi mengelak berlakunya kemalangan ke atas pelajar dan warga pendidik.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sebanyak 19 buah sekolah terlibat di bawah projek tersebut bertujuan membaiki struktur bangunan sekolah yang dikategorikan sebagai rosak teruk dan memerlukan tindakan membaik pulih segera.

Katanya, daripada jumlah tersebut, lapan projek diserahkan semula kepada pihak sekolah, empat projek disiapkan dan diserahkan pada hari ini manakala empat lagi bakal siap pada April ini.

Menurutnya, biarpun tiga projek daripada jumlah keseluruhan itu masih belum mendapat surat tawaran untuk kerja-kerja pembaikan struktur, tetapi satu daripadanya iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, dekat sini sudah dilaksanakan terlebih dahulu kerana terdapat kerosakan yang amat teruk.