200 sertai sukan kanak-kanak disleksia – Metro


200 sertai sukan kanak-kanak disleksia

 0  0 Google +0  0  0

KUALA LUMPUR: “Memang saya menangis dan sedih apabila diberitahu mengenai ‘keistimewaan’ Syamil. Pada masa sama, bersyukur kerana saya menyedari perkara itu dengan awal ketika dia berusia lima tahun,” kata ibu kanak-kanak disleksia, Norlia Ismail, 37.

Ibu kepada Syamil Ikhwan Shamshudin, 6, antara 200 ibu bapa yang hadir memeriahkan Kejohanan Sukan Kanak-Kanak Disleksia Kebangsaan kali ketiga di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan, disertai tujuh cawangan Pusat Disleksia Malaysia, termasuk Ampang, Titiwangsa, Subang, Shah Alam, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang serta dua sekolah; Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr Ismail 2 (TTDI 2) dan SK Taman Maluri.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, anaknya itu dimasukkan ke tadika, namun selepas setahun dia masih tidak mengenali abjad.

 

“Selepas merujuk kepada Persatuan Disleksia Malaysia (PDM), anak ketiga saya itu disahkan pesakit berkenaan,” katanya.
Presiden PDM, Sariah Amirin berkata, kejohanan sukan adalah satu daripada pelajaran tidak formal bertujuan memupuk keyakinan dalam diri kanak-kanak istimewa.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/11