GPMP dalam empat subjek menurun – Utusan


GPMP dalam empat subjek menurun

PUTRAJAYA 22 Dis. – Penguasaan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 4 mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Bahasa Cina dan Bahasa Iban mengalami penurunan berbanding 13 mata pelajaran lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus daripada 27.6 peratus pada tahun lepas kepada 26.3 peratus pada tahun ini.

“Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2 peratus daripada 66.5 peratus tahun lepas kepada 67.7 peratus tahun ini.

“GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, mata pelajaran Pendidikan Islam pula bagi gred A turut menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 peratus daripada 26.1 peratus pada tahun lepas berbanding 24.4 peratus pada tahun ini.

“GPMP Pendidikan Islam juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.09 mata,” katanya.

Sementara itu bagi pencapaian gred A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, beliau berkata, berlaku peningkatan prestasi sebanyak 0.8 peratus kepada 18.4 peratus pada tahun ini berbanding 17.6 peratus tahun lepas.

“Bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3 peratus pada tahun ini,” katanya.

Bagi mata pelajaran Matematik, beliau berkata, prestasi pencapaian gred A mata pelajaran itu mengalami peningkatan sebanyak 1.3 peratus daripada 28.9 peratus tahun lepas kepada 30.2 peratus pada tahun ini.

“Prestasi mata pelajaran Sains bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0 peratus daripada 21.7 peratus pada 2010 kepada 25.7 peratus pada tahun ini,” katanya.

Beliau menambah, biarpun GPMP Sejarah mengalami peningkatan dengan penurunan 0.05 mata pada tahun ini namun pencapaian bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus.

“Iaitu daripada 21.3 peratus pada 2010 kepada 20.4 peratus pada tahun ini,” katanya.

34,271 calon dapat semua A – Utusan


34,271 calon dapat semua A

 

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

 

Abdul Ghafar Mahmud memegang keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 di Putrajaya, semalam.

 

PUTRAJAYA 22 Dis. – Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.

“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

“Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.

“Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.

“Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

“Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010,” katanya.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM


SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Hak Cipta © 2011 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Keputusan Mesyuarat SuruhanJaya Perkhidmatan Pelajaran kali ke 909 bertarikh 14 November 2011


Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya kali ke-909 pada 14 November 2011 bersetuju:

  1. melantik seramai 163 orang calon ke jawatan PPPS Gred DG41 dan 16 orang calon ke jawatan PPPLD Gred DGA29mengikut tarikh-tarikh temu duga seperti jadual di bawah:

 

LOKASI

TARIKH

TEMU DUGA

JUMLAH CALON DILANTIK

PPPS GRED DG41

PPPLD GRED DGA29

SEMENANJUNG

19 September  2011

Hingga

22 September 2011

163

16

SABAH

SARAWAK

JUMLAH

163

16

Calon yang berjaya akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat tawaran pelantikan.

KEPUTUSAN UPSR 2011


KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2011

Dimaklumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2011 akan diumumkan pada 17 November, 2011 (Khamis).

Murid-murid boleh mengambil keputusan UPSR mereka selepas jam 10.00 pagi di sekolah pada tarikh yang sama diumumkan.

Sumber : Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan Maktab Tentera Diraja(MTD) 2012/2013 Tingkatan 4


Permohonan Maktab Tentera Diraja(MTD) 2012/2013 Tingkatan 4

Tawaran ke Maktab Tentera Diraja sesi 2012-2013 ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011. Tawaran ini akan dibuka bermula Ogos sehingga 30 September 2011. Permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi Minimum – 152 sm.
  • Berat Minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • Terbuka kepada pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan PMR mendapat 4A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) dan berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR sebenar Tahun 2011.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera Diraja dan menduduki Ujian Khas MTD (UKMTD) sebagai prasyarat kemasukan ke tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja.
  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir di MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Ingerís, Matematik dan Sains).
CARA MEMOHON
  • Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.
  • Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:

Sel Pemilihan
Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR
  • Borang Permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 September 2011. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD (UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.
  • Borang permohonan boleh didapati DI SINI. (Sila gunakan Internet Explorer 7 ke atas untuk mendapatkan borang ini)
(gunakan internet explorer 7 untuk mengakses link di atas)

Ucapan khas Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan 2011 daripada EyesNews


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Sempena Aidilfitri, saya Idderes Mh,
ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa kepada semua pengunjung di EyesNews ini..

Saya ucapkan juga Selamat Hari Kemerdekaan negara kita kali yang ke 54 tahun dan marilah kita kibarkanlah
Jalur Gemilang tanda kita cintakan negara kita Malaysia ini..

Sama-samalah kita memandu di jalanraya, pandu cermat jiwa selamat.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin…
Selamat Hari Kemerdekaan kali ke 54..”

Idderes Mh,
Editor EyesNews

Jadual Waktu Peperiksaan 2011 – UPSR, PMR, SPM dan STPM


 

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Tahun 2011
Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Tahun 2011

Jadual Waktu Peperiksaan PMR Tahun 2011
Download Jadual Waktu Peperiksaan PMR Tahun 2011

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2011
Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2011

Jadual Waktu Peperiksaan STPM Tahun 2011
Download Jadual Waktu Peperiksaan STPM Tahun 2011