2012
MUAT TURUN JADUAL GAJI BARU SBPA – GURU
MUAT TURUN JADUAL GAJI BARU SBPA – GURU
Sumber: http://www.nutpkedah.net/
MUAT TURUN DI SINI: JADUAL GAJI SBPA
MUAT TURUN JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2012 DI SINI: gaji2012
MUAT TURUN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011: PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN VERSI MS WORD
MUAT TURUN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011: PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN VERSI MS WORD
Kini anda boleh muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan dalam versi Microsoft Word.
Mana tahu ada yang mahu hantar secara e-mail. Tandatangan boleh scan dan masukkan gambar tandatangan dalam borang bentuk Ms Words itu. TAPI boleh ke?
MUAT TURUN DI SINI: SBPA PEKELILING
SBPA: CUEPACS mahu jumpa PM – Kosmo
SBPA: CUEPACS mahu jumpa PM
![]() |
|
KUALA PERLIS – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Disember ini bagi menjelaskan mengenai bantahan terhadap skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, dalam pertemuan itu CUEPACS akan turut membangkitkan mengenai kelemahan yang wujud dalam skim berkenaan.
Menurut beliau, pada masa kini CUEPACS memutuskan menolak tawaran SBPA kerana dilaksanakan dalam masa yang singkat serta tanpa rundingan dengan kongres tersebut.
Berikutan itu, katanya, kesatuan tersebut yang mewakili 1.4 juta penjawat awam mahu rundingan lanjut diadakan bagi membincangkan mengenai skim berkenaan.
“Setelah ahli CEUPACS bermesyuarat hari ini (semalam), kami membantah SBPA kerana mendapati banyak perkara yang tidak jelas dalam tawaran berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama dua hari bagi membincangkan tawaran SBPA di sini.
SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.
Menurut Omar, pihaknya menasihati ahlinya agar tidak menandatangani tawaran SBPA sehingga rundingan lanjut dengan Perdana Menteri dijalankan.
MUAT TURUN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011 – SBPA GURU
MUAT TURUN JPA.SARAAN(S)256/21/17-7
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN
MUAT TURUN DI SINI!~
Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C.Deskripsi: Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan
Berkuatkuasa: 1 Januari 2012
Halaman: 29
Saiz: 422KB
Dokumen berkenaan SBPA boleh diakses dan dimuat turun melalui laman web agensi-agensi masing-masing.
Semua Pekeliling yang disenaraikan di bawah adalah dalam format PDF. Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muat turun Acrobat Reader.
MAKLUMAN SBPA
MAKLUMAN SBPA
Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk Umum, Guru dan PDRM akan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian dalam masa terdekat.
Jabatan Perkhidmatan Awam
07 Disember 2011
Putrajaya
NOTA MAKLUMAN MEDIA – SEMPENA PELANCARAN PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
NOTA MAKLUMAN MEDIA
SEMPENA PELANCARAN PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
– INTIPATI PELAKSANAAN SBPA –
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011