Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014


Kursus Pembangunan Kompetensi
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)
Tahun 2014

 

Maklumat lanjut : http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline/

PENGENALAN
Sila Baca Untuk Keterangan Lanjut berkaitan Program

 

PENGENALAN PROGRAM

  • Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
  • Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  • PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
  • Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21

Matlamat dan Objektif:-

  • Membolehkan PPP membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan

Kumpulan Sasaran :-

Kursus adalah ditawarkan kepada kumpulan sasaran berikut:

Bil Kod Kumpulan Kumpulan Guru Gred Tahun Lantikan Gred Semasa Buka Permohonan
(Permohonan Online)
Bulan Pelaksanaan Catatan
1 41SR0910 Guru Akademik Sekolah Rendah PPS DG41 2009, 2010 Januari Mac – Oktober
2 41SM091011 Guru Akademik Sekolah Menengah PPS DG41 2009, 2010 dan 2011 Januari Mac – Oktober
3 41SGBK091011 Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa SR dan SM PPS DG41 2009, 2010 dan 2011 Januari Mac – Oktober
4 41SRXPPLD10 Guru Akademik Sekolah Rendah (X-PPLD) PPS DG41 2010 Januari Mac – Oktober
5 41JS091011 Guru Jurulatih Sukan dan Jurulatih Seni PPS DG41 2009, 2010 dan 2011 Januari Mac – Oktober Khas Sekolah Sukan dan Sekolah Seni
6 44SR1112 Guru Akademik Sekolah Rendah PPS DG44 2011 dan 2012 Mei Jun- Oktober
7 44SM1112 Guru Akademik Sekolah Menengah PPS DG44 2011 dan 2012 Mei Jun – Oktober

Kursus ini juga hanya ditawarkan kepada kumpulan Guru Akademik/ Guru Kaunseling/ Jurulatih Sukan dan Seni sahaja.

Bagi kumpulan pengurusan (Pegawai di PPD/ JPN/ Guru Besar) adalah tidak termasuk dalam kumpulan ini.

 

TATACARA PERMOHONAN
    1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline

    2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014.
    1. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
    1. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
    1. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
    1. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
  1. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.

Skim Gaji Bersepadu – NUTP


Skim Gaji Bersepadu

Skim Gaji Bersepadu

Untuk Makluman,

Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.

JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK.

Diharap bersabar.

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date:

Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Seperti Yang Diumumkan YAB Perdana Menteri Dalam Pembentangan Bajet 2014 Pada 25 Oktober 2013


Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Seperti Yang Diumumkan YAB Perdana Menteri Dalam Pembentangan Bajet 2014 Pada 25 Oktober 2013

 

Pekeliling Perkhidmatan Tarikh Kuat Kuasa Bilangan
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Jururawat Dengan Memperuntukkan Perbekalan Kenaikan Pangkat Ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi 1 Jun 2013 Bil. 9 Tahun 2013
[   ] Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan 1 Julai 2013 Bil. 10 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina Dan Penolong Juruukur Bahan 1 Julai 2013 Bil. 11 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Ukur, Juruteknik Landskap Dan Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Serta Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Juruukur, Penolong Arkitek Landskap Dan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa 1 Julai 2013 Bil. 12 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian, Pembantu Veterinar Dan Penolong Pegawai Veterinar 1 Julai 2013 Bil. 13 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi 1 November 2013 Bil. 14 Tahun 2013
[   ] Penggabungan Perkhidmatan Galian, Kimia Bumi Dan Kaji Bumi Kepada Perkhidmatan Geosains Di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia 1 November 2013 Bil. 15 Tahun 2013
[   ] Perubahan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) 1 November 2013 Bil. 16 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu Kenderaan dan Penghantar Notis 1 November 2013 Bil. 17 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Pembantu Perawatan Kesihatan 1 November 2013 Bil. 18 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam 1 November 2013 Bil. 19 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera) 1 November 2013 Bil. 20 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik 1 November 2013 Bil. 21 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran 1 November 2013 Bil. 22 Tahun 2013
[   ] Pertukaran Pelantikan Pegawai Dalam Skim Perkhidmatan Jumud Kepada Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa 1 November 2013 Bil. 23 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan, Penerbit Rancangan, Artis Budaya, Ahli Muzik, Ahli Fotografi, Jurusolek, Pereka Dan Pegawai Berita 1 November 2013 Bil. 24 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah Dan Pembantu Hidupan Liar 1 November 2013 Bil. 25 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Bagi Pemakaian Di Sabah Dan Sarawak 1 November 2013 Bil. 26 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara 1 November 2013 Bil. 27 Tahun   2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa 1 November 2013 Bil. 28 Tahun 2013
[   ] Perubahan Nama Dan Pindaan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Dan Penolong Pegawai Perancang Bahasa 1 November 2013 Bil. 29 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Rancangan Tanah 1 November 2013 Bil. 30 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu Lokomotif 1 November 2013 Bil. 31 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/Wartawan 1 November 2013 Bil. 32 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan 1 November 2013 Bil. 33 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Pertahanan Awam, Penolong Pegawai Pertahanan, Pembantu Pertahanan Awam, Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Dan Pegawai Imigresen 1 November 2013 Bil. 34 Tahun 2013
[   ] Tambahan Syarat Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) Dalam Perbekalan Ukuran Fizikal 1 November 2013 Bil. 35 Tahun 2013

Sumber : Senarai Pekeliling Perkhidmatan

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2014 dan Jadual Hari Kelepasan Negeri 2014


Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2014 dan Jadual Hari Kelepasan Negeri 2014

 

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi tahun 2014 dan Jadual Hari Kelepasan Negeri 2014 boleh dimuat turun sekarang.

*Buat masa ini, Takwim Persekolahan bagi tahun 2014 belum lagi diwartakan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Muat turun di sini: http://www.kabinet.gov.my/images/stories/kelepasanam/2014_merged.pdf

 

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan,

Jabatan Perdana Menteri,

Aras 4 Timur, Bangunan Perdana Putra,

62502 PUTRAJAYA.