3 pelajar maut nahas bas-treler di Behrang – Berita Harian


3 pelajar maut nahas bas-treler di Behrang

2011/11/11

BEHRANG: Tiga pelajar sekolah terbunuh apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas berkenaan membawa rombongan pelajar dan guru sebuah sekolah dari Kulim, Kedah.