30 pelajar dapat komputer riba – Metro


30 pelajar dapat komputer riba

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seramai 30 pelajar daripada 11 sekolah di Parlimen Batu menerima sumbangan komputer riba atau Netbook 1Malaysia dalam usaha kerajaan memperluaskan penggunaan jalur lebar di negara ini.

Komputer riba sumbangan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) itu di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) diberikan kepada pelajar yang masih tiada langganan jalur lebar membabitkan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
Kerajaan menerusi Komputer riba 1Malaysia memperuntukkan satu juta komputer diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi berkata, jumlah keseluruhan penerima Netbook 1Malaysia untuk Parlimen Batu adalah 550 unit tetapi agihan semalam kepada 30 pelajar dipilih oleh sekolah masing-masing mengikut kriteria ditetapkan.
“Ia sebagai menepati konsep 1 unit komputer bagi satu isi rumah. Kemudahan teknologi maklumat itu perlu dimanfaatkan pelajar untuk perkara berfaedah,” katanya pada majlis penyampaian itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Umno Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani dan pengetua sekolah berkenaan.