34,050 calon duduki PMR di Kelantan – Utusan


34,050 calon duduki PMR di Kelantan

 

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB dan ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU 2 Okt. – Seramai 34,050 calon di Kelantan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 yang bermula hari ini sehingga Rabu depan.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut, 26,956 orang merupakan calon sekolah bantuan penuh kerajaan.

Beliau berkata, selebihnya adalah calon dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu seramai 5,635; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (855), Maktab Rendah Sains Mara (522) dan persendirian (82).

“Kesemua calon menduduki peperiksaan di 321 pusat peperiksaan tetap yang disediakan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Tambahnya, pada tahun ini seramai sembilan calon di negeri ini menduduki PMR di pusat peperiksaan sementara di beberapa buah hospital kerana sedang menjalani rawatan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_28/34050-calon-duduki-PMR-di-Kelantan#ixzz2gZduoW00
© Utusan Melayu (M) Bhd

34,271 calon dapat semua A – Utusan


34,271 calon dapat semua A

 

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

 

Abdul Ghafar Mahmud memegang keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 di Putrajaya, semalam.

 

PUTRAJAYA 22 Dis. – Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.

“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

“Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.

“Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.

“Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

“Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010,” katanya.

34,271 calon dapat gred A dalam semua mata pelajaran PMR 2011 – Bernama


34,271 calon dapat gred A dalam semua mata pelajaran PMR 2011

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.

Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini. –BERNAMA