40 pelajar di Besut “dipulihkan” – Bernama


40 pelajar di Besut “dipulihkan”

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BESUT: Seramai 40 pelajar tahun dua di sini yang menghadapi masalah membaca, mengira dan menulis berjaya “dipulihkan” setelah mengikuti program literasi dan numerasi (LINUS) yang berlangsung selama dua hari, berakhir hari ini.

Ia adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Besut.

Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Besut, Baharuddin Ibrahim berkata, program yang dikendalikan pegawai LINUS dan guru-guru di Pusat Kokurikulum Besut di Alor Lintang di sini, memberi kesan positif kerana 95 peratus pelajar telah berjaya dipulihkan.

“Kami berharap baki 32 pelajar tahun dua yang bakal menjalani saringan Program LINUS pada Oktober ini akan lulus, sekaligus menepati sasaran PPD Besut mencapai 100 peratus celik numerasi dan literasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah,” katanya. – Bernama