6,480 calon PMR Selangor dapat semua A – Berita Harian


6,480 calon PMR Selangor dapat semua A

2013/12/19 – 14:34:08 PMCetakEmel Kawan
Shah Alam: Seramai 6,480 calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) negeri Selangor memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam semua subjek.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim, berkata keputusan semua A tahun ini juga mencatatkan pendekatan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar.

“Daripada calon semua A negeri ini, meramai 1,046 adalah pelajar luar bandar. Ini menunjukkan peningkatan 0.72 peratus daripada tahun lalu yang hanya 926 mendapat semua A.

“Pelajar bandar yang mendapat semua A pula berkurangan daripada 5,813 calon tahun lalu kepada 5,435 calon tahun ini berikutan penurunan jumlah calon sebanyak 2,425,” katanya.

Mahmud berkata, calon berkeperluan khas juga mencatat pencapaian memberansangkan apabila keputusan semua lulus meningkat daripada 16 calon tahun lalu kepada 56 calon tahun ini.

6,249 guru Kelantan naik pangkat, gred – Bernama


6,249 guru Kelantan naik pangkat, gred

4 Disember 2012

KOTA BAHRU – Seramai 6,249 guru cemerlang lepasan ijazah dan diploma dari seluruh Kelantan menerima kenaikan pangkat sempena pengumuman kerajaan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan pendidikan di kalangan warga pendidik di seluruh negara dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang berkata guru di bawah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Baharu, merupakan jumlah paling ramai menerima kenaikan pangkat itu iaitu 885 orang.

Peringkat kedua membabitkan seramai 387 guru yang menerima kenaikan pangkat itu diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Chat, Wakaf Mek Zainab, di sini hari ini.

Sebelum ini seramai 498 guru menerima memo kenaikan pangkat itu pada majlis dan tempat yang sama.

“Mereka yang menerima memo itu terdiri daripada guru cemerlang daripada beberapa kategori gred DG32 kepada DG48 dari seluruh sekolah menengah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan memo kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPS) itu.

Hussain berkata langkah Kementerian Pelajaran menaikkan pangkat dan tangga gaji ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah guru sebagaimana pembentangan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Ini adalah suatu penganugerahan kepada warga pendidik berdasarkan prestasi cemerlang mereka dalam perkhidmatan masing-masing,” katanya.- Bernama

Jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012


Jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012

 

Murid-murid Tahun 6 di seluruh negara akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 yang akan bermula pada 11 hingga 13 September, 2012 ini.

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis UPSR 2012.  Salinan jadual waktu ini akan diedarkan di seluruh sekolah rendah nanti.

6,550 dapat manfaat Sekolah Dalam Hospital – Utusan


6,550 dapat manfaat Sekolah Dalam Hospital
NOORAINEE Abdul Rahman (tengah) memberi duit raya kepada Raja Hafiq Hafizi Ahmad Faizal, 7, semasa melawat Sekolah Dalam Hospital di Hospital Ampang, Selangor, semalam. – UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Seramai 6,550 pesakit kanak-kanak telah mendapat manfaat pembelajaran daripada Sekolah Dalam Hospital (SDH) sejak ia diwujudkan setahun lalu.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja, seramai 5,371 pelajar dari tiga peringkat persekolahan iaitu prasekolah, sekolah rendah dan menengah memasuki SDH ketika menerima rawatan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Ampang dan Serdang.

Kata beliau, SDH yang merupakan inovasi baru dalam sejarah pendidikan negara berjaya mencapai objektifnya untuk menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan tersusun melalui persekitaran kondusif supaya para pesakit turut tidak ketinggalan mendapat manfaat itu.

“Pada awal penubuhan sekolah ini, kita tidak dapat menjangkakan bagaimana sambutan ibu bapa dan pelajar terhadap persekitaran baru di hospital, iaitu adanya ruang dan peluang untuk terus bersekolah walaupun ketika itu anak-anak ini sedang menjalani rawatan.

“Namun, setelah melihat keperluan berdasarkan kemasukan kanak-kanak pada peringkat usia itu di hospital terbabit, maka ia diwujudkan dan ternyata jumlah kehadiran mencatat angka membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Wad Kanak-Kanak Hospital Ampang dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pesakit sempena ulang tahun pertama lokasi perintis SDH itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Hospital Ampang, Datin Dr. Aishah Ahmad Makinuddin; Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar dan Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen, Nor Zanah Jamari.

SDH yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Julai 2011 dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Projek Hati Nurani di bawah Yayasan Nurul Yaqeen.

Norainee yang juga penaung projek itu berkata, di SDH Hospital Serdang, kemasukan tertinggi adalah di peringkat prasekolah iaitu 328 murid, manakala SDH Kuala Lumpur bagi peringkat sekolah rendah (1,730) dan SDH Ampang bagi peringkat sekolah menengah (855) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menurut beliau, SDH akan diperluaskan ke hospital-hospital lain di seluruh negara mengikut keperluan pada masa akan datang setelah projek perintis itu berjaya dilaksanakan.

6,000 guru prasekolah dilatih 2012 – Utusan


6,000 guru prasekolah dilatih 2012

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Seramai 6,000 guru prasekolah akan dilatih pada tahun depan bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan taman asuhan kanak-kanak dan prasekolah di negara ini bertaraf dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah tersebut adalah tambahan kepada 14,000 guru prasekolah sedia ada, yang telah diberi latihan sejak setahun lalu melibatkan kos RM39.5 juta.

Menurutnya, daripada sejumlah 14,000 guru prasekolah tersebut, seramai 6,580 dilatih pada 2010 yang melibatkan kos RM19 juta manakala baki 7,420 guru dilatih pada tahun ini dengan kos RM20.5 juta.

“Kemudahan fizikal yang canggih semata-mata tidak memberi jaminan ke arah merealisasikan impian kita untuk menjadikan taman asuhan kanak-kanak dan prasekolah mencapai tahap kelas pertama dan bertaraf dunia.

“Kita sebaliknya memerlukan pengasuh dan guru prasekolah yang berkaliber. Tenaga pengajar ini mesti berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai sifat pengasih serta memiliki minda terbuka,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (ECCE) di Auditorium Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datin Fatimah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azmi Ariffin.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan satu skim khas bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga miskin mengikuti kelas taska dan prasekolah swasta.

Bagaimanapun katanya, ketika ini bantuan khas RM150 sebulan untuk setiap kanak-kanak memang sudah diberi kepada setiap keluarga miskin yang menghantar anak mereka ke kelas taska dan prasekolah swasta.

“Kita berharap skim khas yang sedang dikaji ini bukan sahaja mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin tetapi turut meringankan beban keluarga yang berpendapatan sederhana rendah,” katanya.